Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Wednesday, 12 March 2008

Muzium dunia melayu islam

Muzium ini menghimpunkan koleksi-koleksi daripada negara-negara Islam serumpun dari seluruh nusantara sehinggalah menganjur ke Afrika Selatan dan China. Iaitu antara negara di dunia ini yang tidak kurang taburan penduduknya yang beragama Islam.

Antara koleksi yang dipamerkan adalah seperti keris dan senjata yang lain. tepak sirih, alat bunyian dan gendang, koleksi tekstil dan tidak dilupakan juga kitab-kitab Al-Quran dan rujukan yang amat unik.

Muzium ini terletak di tingkat 2 bangunan Bastion House, di Jalan Kota (bersebelahan Kota A Famosa). Bekas bangunan ini dahulunya di kenali sebagai kolej Stamford yang lama, sebelum berpindah ke bangunan baru.

Di Bahagian bawah muzium ini pula menempatkan ruang pameran sementara dan berkala PERZIM. Di mana pameran-pameran bermusim yang akan di adakan oleh PERZIM biasanya akan dibuat di ruang pameran sementara ini.

ref to http://www.perzim.gov.my/muzium_dmdi.htm

0 comments:

Search This Blog