Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

ISLAMICFINDER

Wednesday, 12 March 2008

Sejarah Penubuhan Turki Uthmaniyyah

Kerajaan Islam Uthmaniyah adalah kerajaan Islam yang paling lama bertapak, dalam tempoh kira-kira 6 abad lamanya. Dinisbahkan nama kerajaan ini kepada Osman Bin Artugrul atau dieja Ertughul atau Ertoghril dalam sesetengah buku. Mula bertapak pada tahun 1299 Masihi, di kawasan Barat Anatolia. Kerajaan ini muncul akibat desakan selepas dunia Islam diserang besar-besaran oleh puak atau bangsa Mongol. Antaranya di Mahan iaitu di mana bermulanya keturunan Osman Bin Artugrul yang mana atuknya Sulaiman Shah merupakan pembesar di Mahan. (Hamka 1965: 356)

Kebangkitan umat Islam hasil serangan Mongol akhirnya membuahkan serta menghasilkan sebuah kerajaan yang gilang dan gemilang. Dalam pemerintahan selama beberapa abad, berjaya menakluki kawasan yang pelbagai, antaranya Mesir, Syria, Balkan, Afrika Utara dan sebagainya. Pertembungan budaya, idelogi dan kekuatan kuasa akhirnya menjatuhkan Uthmaniyah, bermula dengan krisis dengan pihak luar, diikuti dengan perpecahan dalaman akhirnya pada 29 Oktober 1923 Masihi, Uthmaniyah tumbang dan ditukar sebagai sebuah negara sekular, diisyhtihar dengan rasmi sebagai Repulik Turki.

0 comments:

Search This Blog