Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Thursday, 22 May 2008

Bantahan Penubuhan IFC Malaysia

Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

Kerajaan awal tahun ini telah mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi.

Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.

KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI. MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA.

JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA.

ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC.

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu yang prihatin.


Ahli-ahli ACCIN terdiri dari:

Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa), Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam’iyah), Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY

Bantahan Penubuhan IFC Malaysia

0 comments:

Search This Blog