Pages

Search This Blog

Loading...

Sunday, 25 May 2008

Kerajaan Bani Ummaiyyah di Andalusia


Andalusia (bahasa Sepanyol: Andalucía, juga dikenali sebagai الأندلس al-andalus dalam bahasa Arab) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol.Komuniti berautonomi yang mempunyai penduduk yang paling banyak.

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Namun, Andalusia telah dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista.

Kerajaan Bani Ummaiyyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.

Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibni Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.

Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.

Kawasan Sepanyol hari ini pernah didiami oleh penduduk Celt, Iberia dan Basque sebelum penjajahan oleh Empayar Rom pada 412 M. Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam. Namun, kerajaan-kerajaan Kristian Aragon dan Castile berjaya menjajah semula bandar-bandar Moor pada abad ke-15.


No comments: