Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

ISLAMICFINDER

Monday, 23 June 2008

Awas Saham Syarikat Ni Dah Jadi Haram

Awas!!


Mungkin ada yang bertanya adakah status ‘Patuh Syariah' yang ada pada syarikat-syarikat tersenarai di bursan saham tidak berubah sejurus apabila ia telah disahkan?. Adakah disana semakan semula?

Jawapan ringkasnya ya, akan ada semakan demi semakan semula dilakukan. Saya kira, semakan juga akan dibuat jika terdapat laporan dari orang ramai kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mendakwa sesebuah syarikat itu dilihat terlalu banyak aktiviti haramnya. Hasil semakan semula inilah yang menyebabkan beberapa buah syarikat yang dahulunya tergolong dalam kategori patuh shariah, namun kini ia telah terkeluar dan menjadi syarikat haram dilaburkan duit di dalamnya dan juga haram membeli sahamnya.

Syarikat ini adalah (senarai bertarikh 30 Mei 2008):-

1. Aliran Ihsan Resources Bhd

2. Daiman Development Bhd

3. Equine Capital Bhd

4. Hexza Corporation Bhd

5. Kuchai Development Bhd

6. Land & General Bhd

7. Metro Kajang Holdings Bhd

8. Pan Malaysian Industries Bhd

9. Perduren (M) Bhd

10. Suiwah Corporation Bhd

11. Sunway Holdings Bhd

12. Widetech (M) Bhd

Anda masih ingat dengan syarikat Metro Kajang?? Sila buka di sini .

Jika anda ingin tahu bagaimana kaedah umum menyemak sesebuah syarikat itu. Buka di sini .

Justeru, jika anda tergolong dalam kategori pelabur di KLSE (Bursa Shama Kuala Lumpur) , pastikan anda sentiasa dan kerap menyemak senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjata Sekuriti ini. Buka di sini .

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

2 comments:

Anonymous said...

saya ingin bertanya sekiranya kita igin membeli saham2 patuh sharian kebiasaannya kena melalui institusi seperti jupiter, kenanga dan lain2 dimana interest tetap dikenakan bagi setiap kali beli dan jual adakah cara ini halal?

Anonymous said...

kalau nak beli saham selalunya kene melalui institusi kewangan dimana interest tetap dikenakan bagi setiap kali beli dan jual adakah ini riba' ataupun ianya halal?

Search This Blog