Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Monday, 23 June 2008

Mitos Mengenai Evolusi Manusia.


Perkara yang paling kerap dikemukakan oleh penyokong teori evolusi ialah asal usul manusia. Dakwaan golongan darwinis mengenai perkara ini ialah dengan menganggap bahawa manusia moden yang hidup hari ini adalah keturunan dari beberapa makhluk seperti monyet. Dalam period ini, yang dianggarkan lebih kurang 4-5 juta tahun lalu, ianya didakwa bahawa di sana wujud 'bentuk peralihan' di antara manusia moden dan leluhurnya. Dalam bentuk fakta, terdapat 4 'kategori' asas dalam keseluruhan senario ilusi ini;

1. Australopithecus
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens

Para evolusionis memberikan nama Australopithecus yang bermaksud beruk selatan kepada leluhur manusia yang paling awal seperti monyet ini. Spesis ini sebenarnya adalah satu spesis beruk yang sudah pupus. Penyelidikan yang luas dan teliti yang dilakukan oleh Lord Solly Zuckerman dan Professor Charles Oxnard, dua pakar anatomi terkenal dari Britain dan Amerika mengenai Australopithecus, telah mendapati bahawa makhluk ini sebenarnya adalah sejenis spesis beruk yang sudah pupus dan tidak mempunyai sebarang persamaan dengan manusia.

Para evolusionis membahagikan fasa evolusi manusia berikutnya kepada kelas 'homo' atau manusia. Menurut dakwaan ini lagi, hidupan dalam siri 'homo' ini lebih maju dari Australopithecus. Evolusionis juga membentangkan tulang fosil makhluk yang berbeza ini sebelah menyebelah, dan menyusun satu rajah evolusi melalui imaginasi mereka. Gambarajah yang terhasil ini adalah satu imaginasi, kerana menurut fakta sebenarnya, tidak ada sebarang penghubung proses evolusi antara kelas-kelas yang berbeza ini yang dapat dibuktikan. Ernst Mayr, seorang penyokong terpenting teori evolusi abad ke 20 ini telah menerima hal ini dengan berkata 'rantai yang mencecah sejauh homo sapiens sebenarnya telah hilang'.

Ketika menggambarkan gambarajah kedudukan Australopithecus>Homo habilis>Homo erectus>Homo sapiens, evolusionis berkata, bahawa setiap spesis merupakan leluhur kepada spesis berikutnya. Sebaliknya penemuan terbaru oleh seorang paleontologis menunjukkan bahawa Australopithecus, homo Habilis dan homo Erectus telah menetap pada masa yang sama, di bahagian lain dalam dunia.

Selanjutnya, dengan menjadi kelas yang masih hidup dari homo Erectus sehingga hari ini: homo sapiens Neandertalensis dan homo sapien Sapien (manusia moden) ditemui hidup sekali di masa yang sama.

Hal ini, sudah tentu menunjukkan pembatalan mengenai kelas-kelas ini yang didakwa sebagai leluhur kepada jenis yang berikutnya. Stephen Jay Gould, seorang dari peleontologis universiti Harvard, sekalipun merupakan seorang evolusionis, menerangkan dilemma yang dihadapi oleh teori Darwin dalam hal ini;

Apa yang akan terjadi kepada tangga kami, jika di sana ada tiga hominid keturunan yang tinggal bersama-sama (Australopithecus Africanus, Robust Australopithecines, Homo Habilis), tidak jelas siapa yang timbul dari siapa? Selebihnya, tidak ada satu pun dari ketiga-tiganya mempamerkan arah proses evolusi sewaktu kedudukan mereka di dalam dunia.

Secara ringkasnya, lukisan-lukisan yang digambarkan dalam surat khabar atau dalam buku sekolah mengenai gambaran makhluk 'setengah manusia setengah monyet', dan dalam ayat lain, sinopsis evolusi manusia yang mereka cuba hidupkan sekadar dengan metode propaganda, adalah merupakan suatu mitos tanpa asas saintifik.
Meskipun seorang evolusionis, Lord Solly Zuckerman seorang saintis Britain yang dihormati dan terkemuka, mengkaji hal ini berapa tahun lamanya, dan melakukan 15 kajian terhadap fosil Australopithecus, dan akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa tidak ada satu rumpun keluarga yang nyata, berkembang dari makhluk seperti beruk itu yang sampai kepada manusia.

Zuckersman juga membuat satu 'spektrum sains' yang menarik. Dia menyenaraikan 'spektrum' ini dari cabang-cabang pengetahuan yang diterimanya sebagai saintifik sehingga kepada yang tidak diterimanya sebagai saintifik. Di bawah jadual Zuckerman, yang paling saintifik atau dalam perkataan lain, yang berdasarkan kepada keputusan yang lebih konkrit, ialah cabang kimia dan fizik. Selepas itu barulah sains biologi, dan sains sosial. Pada bahagian akhir spektrum ini, bahagian yang dianggap paling tidak saintifik menurut Zuckerman ialah 'persepsi luarbiasa' -konsep seperti telepati dan firasat- dan yang terakhir ialah evolusi manusia!!. Zuckerman menerangkan kedudukan akhir spektrum ini sebagai berikut;
Kita kemudian bergerak ke kanan gambaran kebenaran objektif ke dalam bidang-bidang sains biologikal yang bersifat andaian seperti, persepsi luarbiasa atau mengenai penafsiran sejarah fosil manusia, di mana bagi evolusionis apa saja mungkin -dan di mana dengan semangat berkobar-kobar tukang percaya (dalam evolusi) kadang-kadang boleh mempercayai beberapa perkara bertentangan pada waktu yang sama.

Dengan ini, mitos evolusi manusia ini mengandungi ulasan yang prejudis oleh segelintir orang yang percaya secara membuta tuli kepada teori-teori yang berasaskan fosil yang mereka temui.

Sumber rujukan http://www.zaharuddin.net/

0 comments:

Search This Blog