Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

ISLAMICFINDER

Tuesday, 29 July 2008

Roda Kereta Kuda Firaun Ditemui Di Laut

77. "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa. “Pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) di malam hari maka pukullah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, kamu tidak perlu takut akan tersusul dan tidak perlu khuatir (akan tenggelam),”
78. Kemudiannya Fir'aun dengan balatentaranya mengejar mereka, lalu mereka digulung oleh ombak laut yang menenggelamkan mereka.
79. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya dan tidak memberi petunjuk."
( Surah Taha ayat 77,78,79 )
Ayat diatas menceritakan bagaimana berlakunya kisah sang Firaun mengejar Nabi Musa sehingga akhirnya Allah SWT menurunkan mukjizat kepada Nabinya lalu Firaun ditenggelamkan Allah SWT dalam sebuah lautan. Menurut kajian lautan yang dikatakan tempat terbelahnya laut itu ialah di Teluk Aqaba, Nuweiba. Pada tahun lepas, saya sempat berkunjung ke Nuweiba yang mana ianya terletak dibahagian Sinai bertentangan pula dengan aliran laut merah. Seberang laut merah itulah kita dapat melihat dengan jelas bumi Jordan, Palestin (Israel) dan Arab Saudi. Subhanallah, air yang tenang itu rupanya menyimpan seribu satu rahsia khazanah sejarah. Patutlah ianya menjadi rebutan Israel sehingga kini.

Menurut kajian juga, seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt ketika mana pada akhir tahun 1988 lalu telah mengatakan bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tersebut ketika waktu kereta tersebut digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya. Rujuk web asal.


Roda kereta kuda yang ditemui??...

Menurut pengakuannya, beliau juga telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama pasukannya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini sudah tentu menguatkan lagi dugaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.


Roda yang diselaputi batu karang memandangkan usianya mencecah ribuan tahun lampau...

Selepas daripada itu, pihak Stockhlom University telah membuat kajian terhadap beberapa sisa tulang belulang yang telah ditemui itu. Maka hasilnya sememangnya benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang itu telah berusia sekitar 3500 tahun silam bersamaan tahun dinasti Mesir purbakala. Bagi menguatkan dakwaan itu, menurut kajian sejarah pula peristiwa terbelahnya laut itu juga berlaku dalam kurun waktu yang sama.

0 comments:

Search This Blog