Pages

Search This Blog

Loading...

Friday, 25 April 2008

The Islamic Arts Museum Malaysia

The Islamic Arts Museum Malaysia houses more than seven thousand artefacts, as well as an exceptional library of Islamic-art books.

The art objects on display range from the tiniest pieces of jewellery to one of the world’s largest scale models of the Masjid al-Haram in Mecca. The aim is to create a collection that is truly representative of the Islamic world. Instead of concentrating on works from the heartlands of Persia and the Middle East, IAMM also puts the emphasis on Asia. China and Southeast Asia are especially well represented. The third component of the Malaysian melting pot is India, which is also given special status. India, China and the Malay world are in an exceptional category. Other parts of the collection are displayed according to type rather than geographical origins in the museum’s 12 galleries.

The Islamic Arts Museum Malaysia is committed to preserving and propagating knowledge. Publications are a vital tool in this quest. By the middle of 2006 the museum had published 16 books, covering a wide range of topics. Most of these publications are catalogues of exhibitions, although books of a more general nature are now being produced.

The aim is at all times to support the work of the museum and to improve visitors’ enjoyment.

We welcome comments on our published material.




Title : Faith and Power: Women in Islam
Author : Islamic Arts Museum Malaysia
Price RM 85.00
Size : 11" x 8.5"
Year : 2008
ISBN No : 9834321161
Illustration : 51 Colour / 2 BW
Pages : 120

Confounding the expectations of many observers, Muslim women have occupied positions of power for as long as Islam has existed. These roles range from the trading might of the Prophet Muhammad’s first wife, Khadija, to the more formal status of the 12th century Queen Arwa of Yemen. The Qur’an alludes to women of authority from as long ago as the Queen of Sheba and Asiyah bint Muzahim, wife of the Egyptian Pharaoh during the distant days of Moses. In more recent times, the political leadership of Islamic states such as Pakistan and Bangladesh has drawn heavily on the female half of the population. Faith & Power: Women in Islam explores a rich history that has often been overlooked or deliberately ignored. Examining the lives of these women, and the attitudes shown towards them, the Islamic Arts Museum Malaysia is also able to provide a physical dimension with artefacts from a wide range of times and places. Jewellery, clothing and the accoutrements of power bring new vigour to the lives of forgotten queens, consorts and wielders of influence from behind the throne.

Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu.

Bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)


Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.

Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.


Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.

Buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.

Citra Islam tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kota ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!

Islam di Eropah dan Kegemilanganya

Di Eropah, banyak negara di sana mencatatkan Islam sebagai agama paling besar selepas agama Kristian, termasuklah di Itali, Sweden, Perancis dan Jerman. Sementara itu, di sebelah timur Eropah terutamanya Bosnia, Albania, Republik Macedonia, Bulgaria dan Ukraine, komuniti-komuniti penduduk Islam berkulit putih sudah wujud sejak berkurun-kurun lamanya dan selepas mendapat tentangan semasa zaman komunisme, sekarang sudah kembali aktif dalam menghidupkan semula Islam.

Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol. Di sini perkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:

"Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175).



Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam. Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer, dalam bukunya, "Sejarah Ringkas Gagasan-gagasan Sains Sehingga 1900" (A Short History of Scientific Ideas to 1900) menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab. (h 175-176):

  1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.
  2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga manuskrip-manuskripnya. Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab.
  3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi falsafah dan ilmu sains.
  4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam Empayar Rom Timur.
  5. Dalam zaman pertengahan, bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani.
  6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam kedudukan Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula, Islam sedang berundur di Barat.
  7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani.

Antara penterjemah Barat perintis daripada bahasa Arab ke bahasa Latin ialah Adelard dari Bath (kk. 1090 – kk. 1150) yang telah pergi ke Sepanyol dan kepulauan Sicily. Khidmat beliau yang terkemuka ialah bidang matematik. Beliau menterjemah karya al-Khawarizmi, "Aritmetik", dan diperkenalkan kepada Barat. Beliau juga menterjemah karya Euclid daripada bahasa Arab. Seterusnya beliau menulis suatu dialog terkenal, "Soalan-soalan Alam Semula Jadi" (Natural Questions) yang merupakan sejenis ikhtisar permulaan tentang ilmu sains Arab.

Antara penterjemah Barat perintis daripada bahasa Arab ke bahasa Latin ialah Adelard dari Bath (kk. 1090 – kk. 1150) yang telah pergi ke Sepanyol dan kepulauan Sicily. Khidmat beliau yang terkemuka ialah bidang matematik. Beliau menterjemah karya al-Khawarizmi, "Aritmetik", dan diperkenalkan kepada Barat. Beliau juga menterjemah karya Euclid daripada bahasa Arab. Seterusnya beliau menulis suatu dialog terkenal, "Soalan-soalan Alam Semula Jadi" (Natural Questions) yang merupakan sejenis ikhtisar permulaan tentang ilmu sains Arab.

Satu bidang sains di Sepanyol yang lebih progresif ialah astronomi. Sebuah kutub khanah dan akademi telah ditubuhkan di Cordoba dalam tahun 970 M dan badan-badan yang serupa muncul di Toledo dan beberapa tempat lain. Ketua ahli-ahli astronomi Sepanyol dikenali oleh orang Latin sebagai Arzachel. Di Toledo beliau telah menyusun apa yang disebut "jadual Toledo" yang telah mencapai suatu tahap kejituan yang tinggi. Alpetragus adalah seorang daripada ahli astronomi yang terakhir. Beliau menulis buku teks astronomi untuk mengganti teori-teori Ptolemy dengan suatu sistem planet yang benar-benar sepusat dan berjaya menyediakan cadangan-cadangan kepada Copernicus (1993, 168-69).

Penterjemah terkemuka menurut Charles Singer ialah Gerard dari Cremona (1114-87). Beliau menghabiskan banyak masa di Toledo dan menimba ilmu-ilmu Arab dari guru-guru Kristian tempatan. Beliau telah berjaya menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin tidak kurang daripada 92 buah karya Arab yang lengkap. Banyak daripadanya amat panjang, misalnya Almagest karya Ptolemy dan Daftar Karya Ibnu Sina. Daftar karya ini ialah Daftar Karya fi al-Tibb, iaitu kitab perubatan (1993, 178).

Wednesday, 23 April 2008

Islamic Art and Architecture

Islamic Art and Architecture
Author: Hillenbrand, Robert

Covering one thousand years of history and an area stretching from the Atlantic to the borders of India and China, Islamic cultural expert Robert Hillenbrand provides an authoritative guide, supported by a glossary of Islamic terms, a time line, and maps. The book traces the complete range of artistic achievement of a vastly accomplished and influential civilization. 220 illustrations. 80 in color.


Saturday, 19 April 2008

Pemerintahan Islam di Sepanyol

Umat Islam dipercayai telah sampai ke Sepanyol pada zaman sahabat lagi. Kedatangan mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di sana khususnya dalam bidang yang berkaitan keilmuan dan ketarnadunan. Bahkan kesan tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.


Sepanjang pemerintahan Islam di Sepanyol yang juga dikenali sebagai Andalusia, telah lahir ramai cendi-kiawan dan sarjana dalam pelbagai bidang. Sebahagian mereka ialah ahli sains, matematik, astronomi,perubatan, falsafah, sastera, dan sebagainya. Salah seorang mereka ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal sebagai Ibn Bajjah. Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi (M). Ibn Bajjah merupakan seorang sasterawan dan ahli bahasa yang unggul. Dalam hal ini, beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit. Selain itu, Ibn Bajjah juga merupakan seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal. Sungguhpun begitu beliau juga seorang yang hafiz al-Quran.


Dalam masa yang sama, Ibn Bajjah amat terkenal dalam bidang perubatan dan merupakan salah seorang doktor teragung yang pernah dilahirkan di Andalusia.Walau bagaimanapun, kehebatannya turut terserlah dalam bidang politik sehingga beliau dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa di Saragossa. Lebih menakjubkan lagi apabila beliau dapat menguasai ilmu matematik, fizik, dan falak. Pada kesempatan itu beliau banyak menulis buku yang berkaitan dengan ilmu logik.

Kemampuannya menguasai berbagai-bagai ilmu itu menjadikannya seorang sarjana yang teragung bahkan tiada bandingannya di Andalusia dan barangkali di dunia Islam. Jadi, sumbangannya dalam bidang keilmuan begitu besar sekali.Dalam bidang falsafah umpamanya, Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf dengan al-Farabi dan Aristotle. Dalam bidang ini beliau telah mengemukakan gagasan fal­safah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa'al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.

Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Iman al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir, segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk memimpin serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat haiwaniah yang bersarang dalam hati dan diri manusia.

Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Kalau masyarakat itu tidak baik maka seseorang itu harus menyepi dan menyendiri.Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-idea
al-Farabi. Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam "Risalah al-Wida" dan kitab "Tadbir al-Muttawwahid" yang secara umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan Ibn Sina kecuali bahagian yang berkenaan dengan sistem menyepi dan menyendiri.

Namun, ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kitab tersebut sama dengan buku "al-Madinah al'Fadhilah" yang ditulis oleh al-Farabi.Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau mengenai politik dan falsafah. Al-Farabi semasa membicarakan tentang politik telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan.

Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan untuk memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan sebuah masyarakat dan negara yang pincang.

Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia. Ibn Bajjah berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh
unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf.

Selain itu, Ibn Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang berjudul "aI-Nafs" yang membicarakan persoalan yang berkaitan dengan jiwa.Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani. Oleh sebab itulah, Ibn Bajjah banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos, al-Farabi, dan al-Razi.

Minatnya dalam soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan dan metafizik jauh mengatasi bidang ilmu yang lain meskipun beliau turut mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan, algebra, dan sebagainya. Sewaktu membicarakan ilmu logik, Ibn Bajjah berpendapat bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada atau tidak
ada bergantung pada sama ada diyakini ada atau hanyalah suatu kemungkinan. Justeru itu, apa yang diya­kini itulah sebenarnya satu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin benar dan tidak benar.

Sebenarnya, banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dihuraikan menggunakan logik. Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain untuk membantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan metafizik. Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibn Bajjah untuk menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda
tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeza-beza.

Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidang matematik dan fizik sememangnya diperakui tetapi beliau tidak cuba menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sebaliknya ilmu itu digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik.Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui
kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah.

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya.Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana Barat berbuat demikian.Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam
tulisannya secara tidak langsung. Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat.Sesuai dengan itu beliau telah diberikan kedudukan dan penghormatan
yang tinggi oleh orang Murabbitin.Tetapi perasaan dengki dan cemburu telah menyebabkan beliau diracuni dan akhirnya meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia yang masih muda. Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

Al Khawarizmi ahli matematik teragung

ABU Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi adalah Bapa Algebra. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.


AL-KHAWARIZMI

Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm,Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil.Khawarizmi merupakan salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia.


Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Click here for More info read here

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina


Tokoh Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 981 - 1037.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).


Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti itali dan Perancis Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Kebimbangan barat kepada penguasaan Islam

Eropah amat berbangga dengan tamadun Yunani dan Rom. Malah, Eropah beranggapan kemajuan sains dan teknologi mereka sekarang boleh disusur galur sehingga kepada pemikiran Plato dan Aristotle.

Tamadun dan kemajuan teknologi Eropah pada hari ini sebenarnya dibangunkan oleh Islam. Sejak kedatangan Islam ke Sepanyol bermula tahun 710 Masihi dan kemudian Islam terus berkuasa selama 700 tahun.

Begitu banyak sumbangan keilmuan, teknologi dan peradaban yang dibawa masyarakat Islam ke Eropah. Pada masa sama, tamadun Islam memberikan kebebasan kepada masyarakat Eropah untuk menganut agama mereka tanpa sebarang paksaan. Begitu juga di Sicily, yang juga menjadi pintu masuk kepada tamadun dan kemajuan peradaban Islam ke Itali dan Perancis serta Eropah secara keseluruhannya.


Keadaan sebaliknya berlaku apabila pemerintahan Islam berakhir di Sepanyol. Walaupun pemerintah Islam terakhir bersetuju untuk menyerah diri dengan syarat masyarakat Islam diberikan kebebasan beragama kerana memikirkan kese-lamatan rakyat akibat dikepung musuh selama berbulan-bulan sehingga ada yang mati kebuluran.

Namun, akhirnya perjanjian itu dikhianati dan pemerintah baru memaksa masyarakat Islam untuk menganut Kristian dan memaksa mereka memakan babi serta menggantung babi di pintu rumah dan di dalam rumah mereka, sebagai tanda mereka menerima ajaran Kristian. Jelasnya, toleransi beragama yang dikecapi sebelum itu hilang di Sepanyol.

Begitu juga di Sicily, walaupun nasib umat Islam agak baik pada peringkat awal di mana mereka dibenarkan tinggal dan mengamalkan ajaran Islam terutama kerana kepakaran yang dimiliki oleh orang Islam. Namun kemudian orang Islam dikenakan cukai yang tinggi bagi membiayai operasi Perang Salib.Orang Islam juga dihalau keluar dari bumi Sicily secara kekerasan. Pun begitu, pemerintah Sicily bertanggungjawab membawa masuk tamadun Islam ke Eropah dengan mewujudkan pusat kajian Ilmu Islam dan menterjemahkan karya besar sarjana Islam.

Karya besar tokoh ilmuwan Islam al-Razi menjadi pujaan di Sicily hingga ke Paris yang menganjurkan kebebasan berfikir dan melihat kesepaduan dalam berfikir dalam dua dimensi yang bertentangan. Bersedia untuk berhujah dan pada masa yang sama bersedia untuk menerima pandangan orang lain yang berbeza serta menganggap wujud kebenaran pada diri mereka. Ini membawa kepada sikap toleransi dan berkembang di Paris sehingga membawa kepada Revolusi Perindustrian di Perancis.

Jelasnya, begitu banyak bukti sejarah yang boleh menunjukkan tamadun dan kemajuan Eropah hari ini mempunyai kaitan yang rapat dan mendapat pengaruh yang besar dari tamadun Islam. Tulisan ini hanya memberikan beberapa bukti sekadar memberi contoh.

Pada hari ini Islam adalah agama yang paling pesat berkembang dan Eropah tidak ketinggalan merasakan kehadiran kebangkitan semula pengaruh Islam.Pada 1900, jumlah masyarakat Islam berbanding Kristian adalah 12 peratus (Islam) dan 27 peratus (Kristian). Pada 2000, Islam (19 peratus), Kristian (30 peratus); 2005, Islam (21 peratus) dan Kristian (29 peratus). Melihat kepada statistik ini kadar pertumbuhan agama Islam adalah sebanyak 2.9 peratus setahun berbanding Kristian sebanyak 1 peratus. Oleh itu dianggarkan jumlah penganut Islam pada 2010 ialah Muslim (23 peratus) dan Kristian (28); tahun 2015, Muslim (26 peratus) dan Kristian (26 peratus) dan pada tahun 2020, 27 peratus Muslim dan 26 peratus Kristian.

Mengikut statistik 2002, jumlah umat Islam adalah seramai 1.7 bilion, berbanding Kristian 2.1 bilion. Namun pada 2010, umat Islam dijangka meningkat menjadi 2.1 bilion dan 2.3 bilion bagi Kristian.

Tetapi pada 2015, umat Islam dijangka meningkat menjadi 2.46 bilion dan Kristian seramai 2.39 bilion. Oleh itu, mulai 2015 agama Islam menjadi agama terbesar di dunia.

Pada hari ini saja umat Islam di Amerika sudah melebihi 10 juta orang. Apakah angka ini menyebabkan Geert Wilder, penerbit filem Fitna berasa tidak senang hati dan mahu menyekat perkembangan Islam? Seharusnya masyarakat bukan Islam tidak berasa curiga mengenai keadilan Islam dan sifat toleransi beragama yang terbukti menjadi amalan ketika Islam berkuasa di Eropah pada suatu ketika dulu dan kemudian mencorakkan kemajuan teknologi Barat sehingga kini.

Tindakan ganas dan menghina penganut agama lain adalah bukan dari sifat sebenar Islam. Malah, Islam dengan jelas dan tepat boleh menerima apa-apa pandangan yang berbeza dan menganggap ia adalah pilihan dan kebebasan yang diberikan kepada setiap individu berdasarkan ketentuan Ilahi, 'Bagi kamu agama kamu, bagi saya agama saya'.

DR AHMAD CHE YAACOB,
Pensyarah Kanan,
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,
Universiti Teknologi Mara Johor.

Petikan daripada Berita Harian Jumaat 18/04/2008

Para Pendita YAHUDI Keluarkan ‘Fatwa Tidak Bertamadun’

Para Pendita YAHUDI Keluarkan ‘Fatwa Tidak Bertamadun’

Membolehkan Bunuh Kanak-kanak Dan Wanita.

Akhbar Yadeot Aharanout, yang diterbitkan di Israel menyiarkan fatwa yang dikeluarkan Badan Pendita-Pendita di wilayah-wilayah yang dirampas di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang menyatakan adalah dibolehkan membunuh kaum wanita dan kanak-kanak yang tak berdosa di Lebanon dan Palestin.


Di antara kandungan fatwa tersebut, "Mereka yang masih ada rasa belas kasihan terhadap kanak-kanak di Semenanjung Gaza dan Lebanon secara tidak langsung telah bertindak zalim terhadap kanak-kanak bangsa Israel".

Mereka menjelaskan keadaan kelam-kabut yang dialami oleh Negara Zionis tersebut pada masa ini adalah sebab mengapa fatwa itu dikeluarkan. Menurut mereka, fatwa tersebut adalah sesuai dengan ajaran Taurat.

Di bahagian akhir fatwa yang dikeluarkan oleh badan paling tinggi bagi para pendita Yahudi di negara zionis itu, para pendita Yahudi mengajak seluruh bangsa Yahudi agar beramai-ramai mengunjungi dinding menangis ‘Buraq’ untuk menunaikan upacara ‘sembahyang’ berjema’ah selepas zuhur pada hari Isnin dengan tujuan supaya bangsa Yahudi dapat keluar dari kesulitan yang sedang dihadapinya.

Sebagaimana maklum, kebanyakan teks kitab Taurat -yang telah mengalami perubahan dan masih diyakini orang Yahudi sekarang- menyeru supaya membunuh kanak-kanak. Di antara teks tersebut, tertera di dalam surat Hazqil, "Masukilah dan geledahlah kota ! Janganlan mata kamu menunjukkan rasa kasihan dan jangan memaafkan laki-laki tua, pemuda, perawan, kanak-kanak atau pun kaum wanita. Bunuh mereka semua sampai ‘mampus’ dan penuhilah perkampungan dengan korban-korban pembunuhan."!

Sumber: Disaring daripada www.alsofwah.or.id (10 Julai 2006)

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock


Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam.

Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa.



Tuesday, 15 April 2008

Calender Julian and Islamic

The Julian calendar was adopted by Rome in the first century BC. It was a solar calendar, meaning that the year is defined by the length of time it takes the earth to revolve around the sun (approximately 365 days). The Julian calendar included an extra day every four years, but failed to allow for a small error that continued to accumulate and caused a slow movement of the seasons. In the sixth century, a monk named Dionysius Exiguus suggested that the year in which Jesus was born be used as a benchmark for other dates. This system gradually spread and dates were designated AD (Anno Domini) or BC (before Christ). Pope Gregory XIII ordered a revision of the calendar in the late 16th century AD in order to eliminate the error in the Julian calendar. The correction resulted in the loss of 10 days. The Gregorian calendar also established January 1st as the beginning of the year. Today, in place of AD and BC, dates are sometimes designated as CE (common era) or BCE (before common era).

The Islamic calendar is a lunar calendar, meaning that its months are defined by the length of time it takes the moon to pass through its phases. It has 12 months of 29 or 30 days each, and the resulting year has either 354 or 355 days. The first year of the Islamic calendar is the year in which Muhammad fled to Medina, 622 AD. Because it is a lunar calendar with fewer days than the solar year, the months of the year do not correspond to seasons as they do in the Gregorian calendar. Instead, the Islamic months move backward through the solar year. Thus the holy month of Ramadan may occur in any season.

Great ideas of the Muslim middle ages

1001 Inventions Book


What do coffee beans, torpedoes, surgical scalpels, arches and observatories all have in common?
Were Leonardo da Vinci’s flight ideas originals?
Who devised the casing for pill capsules and where did Fibonacci learn to flex his mathematical fingers?


All these answers can be found here in ‘1001 Inventions: Muslim Heritage in Our World’.

Over 350 pages of colour photographs and written in an accessible style for those with limited knowledge of either Islam or history.

Promotional Voucher Price: £25.00 (Normal Price £29.50) plus postage and packaging.
Edition 2 is NOW AVAILABLE.
Order your copy online today or from your local book outlet!

Book Gallery


A golden age of civilization, from 600 and 1600 CE, will unfold, because medieval Muslims were trailblazers in fields as diverse as medicine and mechanics, cartography and chemistry, education and engineering, architecture and astronomy. No area was too obscure to miss the scrutiny of enquiry backed up by rigid scientific experimentation.


So get comfortable with this guidebook and prepare to begin on a voyage of discovery through a thousand years of science and technology into the lives of medieval pioneers whose ingenious inventions have helped create our world today.

Adam Hart-Davis; Photographer, Writer and TV Science Presenter of BBC Series ‘What the Ancients Did for Us’.

"This glorious book overflows with the great ideas of the Muslim middle ages. From al-Jazari and his elegant clocks and al-Kindi and Ibn al-Haitham with their revolutionary optical theories, experiments, and books, to the astronomers who navigated across the desert by the stars, and the map-makers who put north at the bottom, every page is a mine of joyous information. There are even recipes to try out, and everything is beautifully illustrated. I wish I had had this book fifty years ago." Comments Page

Wednesday, 2 April 2008

Sains dan teknologi dalam dunia Islam

Ahli-ahli sains Islam telah membuat kemajuan dalam bidang sains. Ahli matematik Al-Khwarizmi, daripada nama algoritma perkataan berpunca, adalah dianggap menjadi seorang bapa aljabar (yang ada menamai buku, kitab al jabr).[38] Kajian-kajian mutakhir menunjukkan bahawa adalah sangat berkemungkinan yang artis-artis Medieval Muslim adalah sedar dangan kemajuan bersegi sepuluh quasicrystal geometri (sebahagian kedapatan satu alaf kemudian dalam 1970s dan 1980s di barat) dan ia digunakan dalam hiasan yang rumit (tilework) dalam seni bina.[39] Ahli-ahli matematik Islam juga membuat beberapa penghalusan untuk angka Arab (pada asalnya datang dari India), seperti pengenalan noktah titik perpuluhan.

Ahli-ahli sains Islam mempunyai penekanan eksperimen sains jauh lebih besar daripada rakyat Greak. Ini menyebabkan satu kaedah saintifik yang awal ada dibangunkan dalam dunia Islam, di mana satu kaedah yang penting dan maju telah diperbuat, bermula dengan eksperimen-eksperimen Ibn al-Haytham (Alhazen) tentang optik daripada kira-kira 1000, dalam buku Optik. Perkembangan paling penting kaedah saintifik ialah penggunaan eksperimen untuk membezakan antara persaingan teori-teori saintifik dipasang di dalam satu orientasi yang umumnya empirikal, yang bermula di kalangan ahli-ahli sains Islam. Ibn al-Haytham adalah juga dianggap sebagai bapa optik, terutamanya bagi buktinya yang empirikal penyusupan teori cahaya. Sesetangahnya mempunyai juga menjelaskan Ibn al-Haytham sebagai "ahli sains yang pertama" untuk pembangunannya dalam kaedah saintifik moden.

Beberapa ahli-ahli sains paling terkenal dari dunia Islam termasuk Geber (pakar pelbagai bidang, bapa kimia), al-Farabi (pakar pelbagai bidang), Abu al-Qasim (bapa pembedahan moden),Ibn al-Haytham (kegeniusan universal, bapa optik, pengasas psikofizik dan psikologi percubaan, perintis kaedah saintifik, "ahli sains yang pertama"), Abū Rayhān al Bīrūnī (kegeniusan universal, bapa Indology dan geodesi, "ahli antropologi pertama"),Avicenna (kegeniusan universal, bapa lajakan dan ubat moden),Nasīr al Dīn al Tūsī (polymath) (pakar pelbagai bidang), Dan Ibn Khaldun (bapa demografi,sejarah kebudayaan, historiografi, falsafah sejarah, sosiologi, dan sains sosial), di kalangan yang lain-lain.

Dinasti Pertama Islam


Dinasti Pertama Islam

Jawatan Khalifah Umayyad Ad 661-750 (Kulit Keras) "...menyediakan akaun terbaik sekarang didapati di Inggeris." Jurnal Masyarakat Timur Dan Amerika. Gerald Hawtings telah lama diakui sebagai pengenalan kajian asas dalam sejarah yang Arab dan Islam.

Untuk maklumat lanjut klik disini

Kejuruteraan Bagunan Islam dan Sejarah


Madrasa al-Firdaus, terletak kira-kira 150 meter untuk barat daya Madrasah al-Zâhirîyah, lazimnya antara Maqamat dan perkuburan Salihin, adalah terbesar dan terbaik dikenali Ayyubids Madrasa Aleppo. Disebabkan oleh lokasinya dinding-dinding pinggir bandar, Madrasa ada dimajukan serupa satu freestanding menstrukturkan. Ayyubid membina mempunyai satu muka yang sebenar yang kelihatan seperti satu jisim pepejal batu, dengan sebelas kubah. Penaungnya adalah Dayfa Khatun, isteri al-Zahir Ghazi dan ratu rantau antara 1236-1243. Dia adalah salah sebuah pelanggan-pelanggan yang paling seni bina dan terkemuka dalam sejarah orang Syria; pembiayaan dia yang mantap dan besar.