Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

ISLAMICFINDER

Wednesday, 4 March 2009

ISLAM SELEPAS PENJAJAHAN


British mula menjajah Tanah Melayu sejak kejatuhan Melaka lagi iaitu 1511. Pada mulanya Portugis menjajah Melaka kemudian diambil oleh Belanda pada 1641. Dan yang terkemudian adalah British. British mula-mula datang ke Tanah Melayu dan telah mengambil Pulau Pinang daripada tangan Sultan Kedah pada 1786, menduduki Melaka untuk sementara waktu 1795 - 1818. Melalui langkah-langkah ini British telah berjaya menguasai dan menjajah tanahair kita sepenuhnya. Dengan penjajahan British ini telah banyak perubahan berlaku terutama dari segi pentadbiran, pendidikan dan cara hidup masyarakat Islam. Walaupun penjajahan ini banyak mengubah wajah Islam di Malaysia tetapi tidak sepenuhnya kerana ketebalan keimanan sesetengah golongan masih kuat.

Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam. Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja.

Sebelum kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 )yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing.

Dengan kedatangan British, maka diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, yakni antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuah negeri Melayu bahkan dapat menantukan kedudukan seseorang raja yang dilantik memerintah negeri.

Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubah wajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran serta undang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan dengan agama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kita dapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan cerai libatkan hal keselamatan dalam negeri. Sebab itu British telah tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi juga telah diawasi dan kadang-kadang penyelesaian masalah dipindahkan kepada Majistret-majistret.Ini menunjukkan pentadbiran undang-unddang Islam yang tadinya bebas tidak bererti lagi. Walaupun begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia pada ketika itu.

Penjajahan dalam pentadbiran, British juga telah mengubah wajah Islam di Malaysia dalam bidang pendidikan. Dimana hasrat sebenar penjajah British ke Malaysia adalah untuk mengubah corak pegangan hidup masyarakat Melayu dan juga pemikiran mereka agar menyanjungi kehebatan Barat. Satu sistem pendidikan telah diadakan, keseluruhan aspek dan sistem nilai serta kebudayaan penduduk tempatan dibentuk dan diindoktrinasikan dengan pengaruh kebudayaan, sikap dan pandangan Barat. Pada peringkat awal sistem pendidikan British yang berbentuk formal diperkenalkan di negeri-negeri lain sebagai cawangannya

Penubuhan sekolah-sekolah ini dibawah budi bicara, daya usaha dan pengawasan badan pengembangan agama Kristian.Oleh itu sambutan rakyat tempatan sangat dingin. Ini kerana pada peringkat awal pendidikan bagi masyarakat tempatan masih di institusi masjid, rumah dan surau yang terkenal sebagai Sekolah Quran atau Sekolah Agama9 dan mereka sanggup lagi untuk melanjutkan pendidikan tentang agama ke peringkat lebih tinggi di hantar ke Patani, Makkah dan Mesir. Selain itu ibu bapa masyarakat tempatan juga takut untuk menghantar anak ke Sekolah British sebab dikhuatiri anak-anak mereka nantti akan masuk Kristian. Dengan kegagalan awal ini, British telah mencuba taktik yang baru iaitu dengan mencampuri serta mengambil alih pentadbiran Sekolah Quran untuk diletakkan dibawah pengawalan mereka.

Sejak 1854, Sekolah Quran pentadbirannya telah diambiil alih dengan dibiayai pengajian dan diberi bantuan penuh. Kurikulumnya diubah, pentadbiran dan perjalanan sekolah berubah corak. Masa persekolahan dibahagikan dua, pagi untuk pelajaran akademik iaitu Sekolah Melayu dan petang untuk pelajaran agama iaitu Sekolah Quran. Ini telah menunjukkan satu doktrin yang cuba memisahkan antara ilmu agama dan akademik. Manakala pula Sekolah Quran sangat diabaikan berbanding Sekolah Melayu yang banyak pembaharuan serta bantuan diberikan. Dengan memisahkan kedua-dua jenis sekolah ini boleh melahirkan individu-individu atau masyarakat yang tempang atau tidak seimbang.

Kemudian penjajah British makin kuat dan mereka menguasai pendidikan serta pelajaran. Strategis melalui sektor pendidikan ini menjalarlah idea-idea, pandangan-pandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat umum tanpa disedari sehingga terjadilah revolusi kebudayaan. Akibatnya dongkollah aqidah agama dan padamlah semangat keagamaan, bertukarlah semangat kelombaan yang merupakan pendorong terbesar kemajuan, dari jiwa agama berkuranglah kemauan memperdalamkan pengetahuan agama.

Dalam konsep kekeluargaan penjajah British telah mengubah kedudukan suami di dalam keluarga iaitu isteri lebih dipentingkan berbanding suami. Sedangkan di dalam Islam suami mempunyai kedudukan tinggi sebagai ketua keluarga dan dia boleh membuat sebarang keputusan tanpa menganiayai isteri dan ahli keluarganya. Tapi British telah mengubah dengan isteri turut sama boleh berkuasa dalam keluarga itu dan ada kalanya isteri-isteri yang telah meninggikan suara apabila berkata dengan suaminya. Sedangkan ajaran Islam tidak membenarkan ini.

Perubahan yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia ialah corak pergaulan. Mereka telah mengamalkan corak pergaulan bebas diantara masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan amat sensitif. Ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim. Tetapi ini telah diketepikan setelah Malaysia dijajaah oleh British.

Teknologi moden yang dibawa masa penjajahan British menyebabkan anggota masyarakat, termasuk Pak Lebai dan Pak Haji begitu mudah terseret untuk jadi penonton pertunjukkan fesyen di Paris dan Pertandingan Ratu Cantik di New York melalui televesyen. Penumpahan dan pengaliran maklumat yang bersumberkan ideologi luar, yang didasari oleh kebudayaan asing dan ditentukan oleh kepentingan nasional negara penyedia berita dan cerita juga boleh mengakibatkan penjajahan fikiran yang boleh merosakkan aqidah dan kehidupan Islamiyah.

Apabila penganut Islam sendiri menolak sistem hidup Islam dan menganggapnya sebagai satu cara hidup kurun ke 7, maka penolakkan itu merangkumi semua aspek samada nilai-nilai unik ataupun universalnya. Termasuklah keadilan sosial menerusi sistem zakat. Dalam ertikata lain pembangunan ekonomi yang tidak berteraskan tauhid telah membawa kepada devolusi kedudukan akhlak - moral Islam sehingga ia hanya berkembang dalam lingkungan, pegangan dan pembabitan perbadi sahaja.

Dalam bidang ekonomi, penjajahan British juga telah berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan. Antaranya di dalam sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli yang diperkenalkan. Jikalau dahulu Islam mengharamkan riba' atau bunga ataupun faedah semasa menjalankan aktiviti perdagangan tapi setelah penjajahan aktiviti inni adalah penting untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Aktiviti ini kekal hingga sekarang.

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.
2. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Pemikiran Islam, Penerbitan Pena Sdn Bhd, Selangor, 1981.
3. Abdullah Ishak, Islam Di Nusantara, Al - Rahmaniah, Malaysia, 1990.
4. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975.
5. Khoo Kay Kim, Tamadun Islam Di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980.
6. Muhamad Abu Bakar, Delima Dakwah : Pengislaman Dalam Era Pensejagatan, Pemikir (bil 10), 1997.
7. Muhamad Abu Bakar, Selepas Kebangkitan Semula Islam ? Pengislaman dan Pensejagatan Masa Kini Satu Overview, Ilmu Masyarakat XVl.
8. Zubeir Ahmad, Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur, Media Da'wah, Jakarta Pusat, 1983.
9. Kamus Dewan (edisi 3), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


Perjanjian ini ditandatangani untuk mengatasi masalah antara Inggeris dan Belanda yang mana hubungan keduanya dalam keadaan tegang dan dengan adanya kepentingan-kepentingan mereka yang tersendiri. Perjanjian tersebut merupakan peristiwa penting dalam sejarah Tanah Melayu dan juga Indonesia.






Faktor-faktor membawa kepada perjanjian

1. Persaingan perdagangan di Timur

Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris iaitu Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi.




Jan Peterzoon Coen

Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain. Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619)

2. Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah

Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Belanda dengan British adalah berdekatan. Belanda ialah tempat yang paling sesuai digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British ini terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British.

Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda.

3. Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura

Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan.

Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.

4. Kemajuan Singapura

Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagar-saudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan.

5. Masalah kewangan Belanda

Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Mereka telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh British. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British.

Hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana British telah memberi bantuan dan pinjaman sebanyak £144 juta.


Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah ini, Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku.

Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Kandungan perjanjiannya ialah:

1. Syarat-syarat kewilayahan

Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan British di Singapura. British bersetuju tidak membuat sebarang pelabuhan di Pulau-pulai Karimon, Bantam, Bintang, Lingga atau di pulau-pulau yang terletak di selatan Selat Singapura. British juga bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di pulau-pulau tersebut.


British menarik semula bantahannya terhadap pendudukan Belanda di Pulau Belitong dan lain-lain kawasan.

Bandar dan pelabuhan Melaka serta tanah jajahannya diserahkan kepada British. Belanda bersetuju tidak akan membuat sebarang perjanjian atau pelabuhan di kawasan tersebut.

Bangkahulu di Sumatera diserahkan kepada Belanda. British bersetuju tidak akan membuat tempat persinggahan atau perjanjian dengan ketua-ketua di Sumatera.

Belanda menyerahkan semua lojinya di India serta hak istimewanya yang ada kepada British. Belanda juga akan membayar sebanyak £100,000 kepada Britsh sebagai penyelesaian hutang-piutangnya.

Wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberikan kepada kuasa-kuasa lain. Jika salah satu kuasa itu meninggalkannya, wilayah itu mestilah diserahkan kepada kuasa yang satu lagi.

Semua penduduk di wilayah jajahan yang telah ditukarkan diberi tempoh selama 6 bulan untuk menguruskan harta mereka sekiranya mereka hendak berpindah ke negeri-negeri yang mereka pilih.

Perpindahan hak-hak kedua-dua pihak hendaklah mula dijalankan pada 1 Mac 1825.2. Syarat-syarat perdagangan

Kedua-dua pihak bersetuju membenarkan saudagar mereka menjalankan perniagaan di Kepulauan Timur, India dan Ceylon dengan hak masing-masing. Kedua-dua pihak hendaklah mengikuti peraturan-peraturan perdagangan di tiap-tiap kawasan.

Rakyat dari satu negeri mestilah membayar cukai tidak lebih daripada bayaran yang dikenakan kepada rakyat dari negeri yang mempunyai pelabuhan.

Kedua-dua pihak mestilah mengarahkan rakyat, pihak yang berkuasa tentera dan awam supaya menghormati kebebasan perdagangan.

Kedua-dua pihak mestilah menghapuskan lanun-lanun di laut sebelah timur dan jangan membenarkan lanun-lanun menjual barang-barang dagangan mereka di kawasan atau daerah kepunyaan mereka.

Pelabuhan-pelabuhan yang baru tidak dibenarkan ditubuhkan di Kepulauan Timur tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari kerajaan mereka di Eropah.

British mengakui monopoli Belanda terhadap perdagangan rempah di Kepulauan Maluku.

Search This Blog