Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Tuesday, 28 July 2009

Sejarah Melayu Yang Hilang 1

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa? Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu. Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.

Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?


Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?


More artikel refer to

http://lokalgenius.blogspot.com/2009/06/rahsia-bangsa-yang-hilang-bhg-2.html
http://lostuniverse.iowoi.com/sejarah-semenanjung-emas-nusantara-f4/sebab-sebenar-kejatuhan-melaka-t82.htm
http://www.blogigo.co.uk/pengalamanku/wacana-minda-kehebatan-Melayu-Nusantara-Putrajaya/18/

2 comments:

orang melayu said...

terima kasih atas perkongsian...
sedikit tambahan....
http://muizzashari.blogspot.com/2010/05/dimana-silap-kita-wahai-bangsaku.html

remoih serr said...

Jalan2 melawat..

http://itsegmen.blogspot.com/

jemput2 la masuk

Search This Blog