Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, 23 August 2010

Perang BADAR KUBRO




17 Ramadhan juga, Allah S.W.T mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kuffar di pekan Badar, 150 km dari Madinah.
Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah S.A.W, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para pendakwah sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.
Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju arah utara ke Syam dimana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah S.A.W merancang untuk merampas harta dagangan tersebut.
Namun, rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah S.A.W terpaksa pula menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.
Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang.

Nuzul Quran 17 Ramadhan



27 Ogos 2010 bersamaan dengan 17 Ramadhan 1431 hijrah, berlaku peristiwa besar dalam sejarah Islam.Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.


Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadah, jinayah, muamalah, sains, teknologi dan sebagainya. Firman Allah S.W.T :


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). – al-An’am : Ayat 38

Thursday, 19 August 2010

Rahsia Dasar lautan bersama sungai air tawar



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Penontont rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tidak berhenti mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Wednesday, 18 August 2010

Ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.



Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

 Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.




1. Gangguan Jin
    Gejala yang mungkin berlaku:
 
  • histeria
  • kerasukan/tidak sedarkan diri
  • rasa rendah diri
  • rasa ketakutan
  • hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan
  • diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat,zikir dan sebagainya
  • terdengar bisikan/suara
2. Gangguan Sihir
    Gejala yang mungkin berlaku:
 
  • terdapat lebam-lebam pada badan
  • terdapat kesan gigitan pada badan
  • tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian
  • hilang keyakinan diri
  • rasa rendah diri
  • premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak)
  • gangguan ketika beribadah
  • hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar
  • terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya
3. Gangguan Saka
    Gejala yang mungkin berlaku:
 
  • mimpi harimau, ular,buaya dan lain-lain
  • histeria
  • teringatkan orang yang sudah meninggal dunia
  • ketakutan
  • terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu
  • pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden
Selain masalah di atas, CD Ruqyah ini juga boleh terbukti mampu (dengan izin Allah s.w.t.) mencegah dan menyembuhkan masalah-maslah berikut:
 
  • santau
  • susuk
  • pukau
  • anak-anak degil dan bermasalah
  • perniagaan/premis perniagaan yang disihir
  • pebalahan suami-isteri
  • pendarahan yang berterusan (istihadhah)
  • anak-anak menangis di waktu malam
  • masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal
  • pelbagai masalah lain



Ayat penerang hati dan menguatkan hafalan



Air Penerang Hati

Cara menggunakannya
-untuk penerang hati dan menguatkan hafalan

-Minum 7 hari berturut-turut pada waktu pagi atau sebelum sarapan

-Sebelum diminum sila baca Surah Al-Fatihah dan Selawat serta niat mengikut hajat.

Boleh juga dibubuh dalam masakan,minuman,atau direnjis di tempat tidur,di pakaian,disapu di muka dan kepala atau ditempat sakit dan sebagainya.

Elakkan dari dilangkah

AIR ANNUSYYRAH

surah-surah yang disebut di bawah dibaca dan ditulis sebanyak bilangan:
-Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)786 kali.
-Surah Al-Fatihah 70 kali.
-Ayatul kursi 70 kali.
-10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah.
-Surah Yassin lengkap 83 ayat.
-Surah Thoha ayat 131 dan 132
-Surah An-Najmi ayat 1 hingga 18.
-Surah Ar-Rahman ayat 1-5.
-Surah Al-Haaqqah lengkap 52 ayat.
-Surah Al-insyirah lengkap 8 ayat.
-Dakwat daripada za'faran dan air mawar
-Air tapisan berkualiti tinggi(bebas dari bakteria)
-Campuran Air Zam-zam dan Air hujan Malam Jumaat.

Khasiat
-Penerang hati untuk kanak-kanak /pelajar-pelajar semua peringkat umur.
-Mengelak penyakit lupa dan nyanyuk bagi orang dewasa dan berumur.
-Membantu kanak-kanak supaya rajin belajar .
-kanak-kank /bayi meragam waktu malam.
-kanak-kanak suka berkelahi degil dan sebagainya.



HIKMAT DARI AL-QURAN
(kumpulan surah-surah dan ayat-ayat khusus untuk penerang hati.
-786 BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
-Jika seseorang yang lemah otak meminum air yng telah dibacakan 789 Bismillahrrahmanirrahim pada waktu pagi selama 7 hari berturut=turut akan hilanglah kebebalannya dan akan menghafal apa yang didengar .

Rujuk kitab Syamsul Maa'rif Al-Kubro oleh Al-Imam Ahmad bin Ali Al-Bunni mukasurat 37

-70 surah Al-Fatihah dan 70 Ayatul kursi yang mempunyai khasiat /yang tersangat agung ajaran dari Jibril kepada RAsulallah.

-Rujuk Mukaddimah Al-Quran Mushaf Al-Maarif.
-10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah menghindarkan daripada lupa.
-Rujuk kitab"Aalij Nafsaka bil Quran"oleh Asy syaikh Abi Al-Fadaa'
-Bagi ayat-ayat dan surah-surah untuk penerang hati selain dari diatas(seperti surah Yaasin dan lain-lain)Rujukan dari Al-Itqaan fi-Ulumil Quran oleh Al-Imam Jalaluddin As-Asuyuti A'maale Qur'aani.

-Surah-surah dan ayat diatas kami persembahkan melalui kaedah rawatan ulama silam dimana kalimat -kalimat al-Quran yang tertulis di pinggan putih dengan tinta Za'faran dan air mawar dilarutkan dengan air.Air dari pinggan putih tersebut dinamakan Air ANNUSYRAH khusus untuk penerang hati.

Sumber dari  http://www.mansurahjazirahku.blogspot.com/

Rahsian Al-quran






Kitab suci umat Islam, Al-Quran bukan sahaja mengandungi keindahan dan kesempurnaan dari sudut bahasanya, tetapi juga telah berjaya membuatkan para saintis dan pengkaji-pengkaji seluruh dunia terkejut dan terpegun dengan keajaibannya dari sudut ilmiah.

Seorang sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa telah menemukan satu kod Matematik yang mengandungi rahsia Al-Quran yang tidak terungkap berabad-abad lamanya. Setelah melakukan kajian dan penyelidikan selama bertahun-tahun dengan bantuan komputer, beliau membuktikan surah serta ayat-ayat di dalam Al-Quran mempunyai gandaan angka 19. 

Penemuannya itu adalah inspirasi setelah melakukan penafsiran dari surah Al-Muddatstir, ayat 30-31:

Firman Allah yang bermaksud: "Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?". Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia".

Profesor Dr. Hamka di dalam bukunya, Tafsir Al-Azhar menyatakan bahawa orang-orang kafir, terutamanya Abu Jahal mengejek Baginda apabila mendengar ayat tersebut. Orang-orang kafir menyangka penjaga neraka hanya ada sembilan belas. Ia sebenarnya adalah perumpamaan dari Allah S.W.T. yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Berikut adalah beberapa penemuan Rashad Khalifa pada 1976 dan didedahkan pada umum di Pameran Islam Sedunia di London:

1) Apa yang diketahui bahawa setiap surah di dalam Al-Quran sentiasa dimulai dengan bacaan "Bismillahirrahmanirrahim". Bacaan tersebut terdiri daripada 19 huruf atau 19 X 1 (di dalam bahasa Arab).
2) Bacaan "Bismilah" terdiri daripada beberapa kelompok kata:Ismi, Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahiim. Hasil kajian menunjukkan jumlah masing-masing setiap kata-kata tersebut di dalam Al-Quran sentiasa merupakan gandaan 19.
(i) Jumlah kata 'Ismi' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 19 kali (atau 19 X 1).
(ii) Jumlah kata 'Allah' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 2, 698 kali (atau 19 X 142).
(iii) Jumlah kata 'Ar-Rahman' di dalam Al-Quran telah dijumpai sebanyak 57 kali (atau 19 X 3).
(iv) Jumlah kata 'Ar-Rahiim' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 kali (atau 19 X 6).

Mengikut beliau, apabila faktor pendarabannya dijumlahkan maka terhasil jawapan yang merupakan gandaan 19 juga: 1 142 3 6 = 152 (atau boleh disebut di dalam 19 X 8).

3) Jumlah keseluruhan surah-surah di dalam Al-Quran berjumlah 114 surah iaitu bersamaan dengan 19 X 6.
4) Bacaan "Basmallah" di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 (19 X 6), iaitu sebanyak 113 kali ditemukan sebagai pembuka surah kecuali surah yang ke-9 (At-Taubah), manakala sebuah lagi ditemui pada surah yang ke 27 (An-Naml), ayat yang ke-30.

Surah yang ke-9 tidak dimulai dengan bacaan "Basmallah" kerana isinya merupakan ayat-ayat perang. Dalam surah ke-9 ini kebanyakan isi bicaranya adalah tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin kerana pengkhianatan mereka. Bagi surah yang ke-27 terdapat kisah mengenai penyerahan diri Ratu Balqis oleh Nabi Sulaiman a.s

Sunday, 15 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Masih ada waktunya untuk mengucapkan salam Ramadhan buat semua pengunjung dan pembaca blog ini,,, terima kasih dan mohon maaf andai ada tersilap dan terkasar bahasa...



Selamat menyambut Ramadhan ampun dan maaf diminta diatas apa2 kesalahan semoga ramadhan ini diberkathi Allah..


Search This Blog