Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Saturday, 13 November 2010

TUKKU PALOH: Ulama Regu SultanPencatur Dasar Luar Terengganu

Masjid Tuku Paloh

Dilahirkan pada tahun 1817 (1236 Hijrah) di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tokku Paloh adalah nasab ke-32 daripada Rasulullah SAW di kalangan keluarga Al-Aidrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az-Zahrah r.ha. binti Rasulullah. lbunya, Hajah Aminah, ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tokku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tokku Tuan Besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu, dan dianugeiahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan

Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sulatan berunding degan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.

Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan ALLAH SWT khusunya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan 'Syahadat Tukku' satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.

Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdulu Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Emobong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan Sultan Zainal Abidin III.
Makam Tokku Paloh di Kampung Paloh

Setelah begitu lama menyumbang bakti kepada rakyat dan kerajaan maka Tokku Paloh jatub uzur dan kembali ke rahmatullah menernui kekasihnya Allah SWT pada 1 Zulhijjah 1336 Hijrah (1917) dalam usia 100 tahun. Setahun kemudian Sultan Zainal Abidin III pula mangkat iaitu pada 1 November 1918. Jenazah Tokku Paloh dimaqamkan di satu kawasan tinggi di Paloh.

0 comments:

Search This Blog