Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

ISLAMICFINDER

Saturday, 13 November 2010

Wali Allah di Tanah Melayu - Habib Nuh

Wali pd hakikatnya sukar dikenali, malah tuan punya diri kerap tidak mengetahui dirinya wali.

Terdpt beberapa Wali Melayu yg terkenal spt:

1- Habib Nuh

2- Tukku Paloh

3- Tuan Tulis

4- Muhammad Said Al-Linggi

5- Muhammad Nor Al-Kholdili

6- Tuk Kenali

7- Tuan Hussein Kedah Al-Banjari


1. As-Sayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah 1788M – 1866M
Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau empunyai empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Byk kisah aneh ttg kewalian Habib Nuh walau pun semasa hayatnya dia tidak begitu dipedulikan org bahkan pernah dikatakan gila. Dia sgt menyayangi kanak2 krn bgnya kanak2 dijamin Syurga.

Habib Nuh tidak pernah menghormati org2 jahat walau pun berkuasa. Apa lagi Gabenor Crawford yg berfahaman Kristian itu. Kerana itu byk kali Habib Nuh ditangkap dan disumbatkan ke dlm penjara. Utk memastikan dia tidak berbuat onar, tangan dan kakinya sentiasa diikat.

Tetapi anehnya org sering bertemu Habib Nuh di luar sedangkan dlm masa yg sama dia juga berada di dlm penjara. Kadang2 dia dilihat di luar dan memang dia tiada dalam penjara.Pihak Inggeris menjadi binggung dgn luarbiasanya Habib sehingga akhirnya dia dibebaskan begitu shj.

Kisah lain ialah ttg tenggelamnya sebuah kapal yg sepatutnya mengangkut barang2 berharga. Sebelum kapal itu belayar Habib beriya2 menghalang barang2 itu dibawa oleh kapal berkenaan sehingga org begitu marah kpdnya.

Ternyata benar, tidak lama belayar, kapal itu pun terbakar lalu karam.


Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya.
Masjid yang bersebelahan dengan Makan Habib Noh

0 comments:

Search This Blog