Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, 11 December 2011

40 Hadis Tentang peristiwa Akhir Zaman- Hadith 10

BAHAYA KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".



Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

40 Hadis Tentang peristiwa Akhir Zaman- Hadith 9

ISLAM KEMBALI DAGANG (ASING)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing".
H.R. Muslim




Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.



Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.


Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

40 Hadis Tentang peristiwa Akhir Zaman- Hadith 8

DI TIMPA PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". H.R. Hakim




Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

40 Hadis Tentang peristiwa Akhir Zaman- Hadith 7

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari



Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.

Sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. 


Sunday, 20 November 2011

Mahmud II, dikenali sebagai Penakluk, dilahirkan pada 30 Mac, 1432 dan meninggal dunia 3 Mei 1481. Sebagai sultan Empayar Uthmaniyyah antara 1444-1446 dan 1451-1481, beliau meluaskan kawalan Uthmaniyyah dari tenggara Eropah ke Danube dan dari Anatolia hingga sungai Efrat. Bapanya, Murat II, cuba untuk turun takhta apabila Mehmet hanya berumur 12 tahun, tetapi di tengah-tengah pemerintahan anak pertamanya gagal, maka bapanya kembali menjalankan kuasanya.

Apabila Mahmud lebih matang dia menaiki takhta sekali lagi (selepas kematian Murat), beliau cuba untuk mewujudkan empayar dunia seperti orang-orang Rom. Dia mula-mula menakluki Constantinople Byzantine pada 1453 dan dibina semula ke dalam modal yang makmur Uthmaniyah di Istanbul. Untuk mengatasi kuasa golongan bangsawan Turki, Mahmud meneruskan dasar bapanya memperluaskan kor infantri Janissary. Janissaries ini adalah terdiri daripada Kristian muda, yang direkrut melalui sistem devshirme, yang diberikan gaji dan bukannya fiefdoms untuk memastikan mereka setia kepada negara dan bergantung kepada sultan. Mahmud diberi kuasa autonomi komuniti agama untuk memberi rakyatnya kebebasan beragama dan mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin agama mereka. Cukai yang lebih saksama dan sistem pentadbiran telah diwujudkan, dan keadilan untuk semua adalah ditekankan.

Mahmud kemudiannya menakluk Serbia pada 1459 dan Morea menjelang 1460, meluaskan empayar di Eropah Danube dan Aegean walaupun berdepan dengan tentangan dari Albania dan Venice, perperangan sekitar tahun 1463 dan 1479. Menjelang 1461 beliau telah menakluki Anatolia sejauh sebagai Euphrates ialah Bahasa Turkmen, tetapi Mehmed gagal untuk menolak terus kerana tentangan dari Mamelukes Syria serta dari Turkmenistan Biri-biri Putih Iran. Beliau mulai kempen baru untuk menawan Rhodes dan selatan Itali tetapi beliau meninggal dunia secara tiba-tiba dalam 1481 maka Mahmud telah digantikan oleh anaknya, Bayezid II.

Mahmud Penakluk merupakan sultan ketujuh pada Dinasti Uthmaniyyah.

Saturday, 19 November 2011

40 Hadis Tentang peristiwa Akhir Zaman- Hadith 6

GOLONGAN ANTI HADITH


Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt."

Riwayat H.R. Abu Daud



Keterangannya
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada al­Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

Rujuk web dibawah antara golongan syiah
http://sukmabintara.blogspot.com/
http://syiahmalaysia.blogspot.com/
http://husainibrahim.wordpress.com/
http://sukmabintara.blogspot.com/

Saturday, 29 October 2011

40 hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman - Hadith 5

UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". H.R. Muslim

Keterangan
Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.



Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.


Ya Allah! Selamatkanlah kami.

40 hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman - Hadith 4

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (H.R. Muslim)


Keterangan dan kesimpulan
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.


Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

40 hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman - Hadith 3

Cinta pada dunia dan takut pada mati

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Keterangan dan kesimpulan
Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.


Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.



Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Monday, 24 October 2011

DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN - HADITH 2



Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslim

KETERANGAN HADITH


Apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

40 hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman - Hadith 1

Hadith 1
TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN



Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi



Bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

1- Hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2- Mentaati perintah pihak pemimpin yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3- Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

4- Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).


Firman Allah SWT:


“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. “ (An-Nisa’: 59)

Bermakna setiap penyelesaian perlu merujuk kepada dua sumber ini. Menggunakan prinsip-prinsip Islam dan kaedah-kaedah yang syarie. Tidak kira dari aspek adab, akhlak mahupun hukum.

Wallahua'lam...

Suber daripada
http://www.pekida.org/hadis40/hadis01.htm
http://pangkinazzikr.blogspot.com/2011/02/hikmah-perselisihan-fahamperingatan.html
http://www.e-bacaan.com/artikel_selisih.htm

Monday, 17 October 2011

Sejarah Palestin 3

Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.

Penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak kegemilangannya di era pemerintahan Sultan Suleyman I (1520 – 1566). Ketika itu pemerintahan Uthmaniyyah mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia.

Merian gergasi kerajaan Turki Uthmaniyah


Di dalam sebuah manuskrip bertarikh 1538, Sultan Suleyman I telah meluahkan pandangannya terhadap penguasaan beliau kepada kuasa dunia:

“Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah menjadi teman beta. Beta adalah Süleyman, yang namanya dibacakan di dalam Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine, beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk. Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan tanah Moldavia”.

Walau bagaimana pun, selepas berlakunya peperangan yang berterusan, kesatuan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah, pengkhianatan kerajaan Safavid Syiah di Iran dan pelbagai lagi faktor, keperkasaan Uthmaniyyah mula merintis graf menurun.

Sebab-sebab yang membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan Uthmaniyyah adalah pelbagai, namun semuanya terangkum di dalam satu kenyataan iaitu, “menjauhkan diri dari kepatuhan kepada Syariat Allah dan menghukum dengannya”. Ia dapat dilihat di pelbagai sudut seperti sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.

Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Othmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.Hal ini berlaku seiringan dengan kebangkitan musuh Othmaniyyah, sama ada di Barat, mahu pun Timur seperti kerajaan Safavid Syiah di Iran.

Pada tahun 1599, Shah Abbâs dari Iran telah menghantar dutanya ke Eropah dan membuka kepada perbincangan ketenteraan dan ekonomi ke arah menekan Othmaniyyah secara langsung. Di Vienna, hasrat ini disambut oleh Maharaja dengan baik. Beliau menyatakan keinginan untuk membentuk suatu gagasan anti-Othmaniyyah bersama Russia dan Georgia di Timur, dan dalam masa yang sama akan bekerja keras ke arah menyatukan Raja-raja Kristian di Eropah di dalam satu Perang Salib yang bakal dilancarkan.

1603, perang besar-besaran dilancarkan dan tekanan serentak Timur dan Barat telah membinasakan Othmaniyyah. Bebanan Austria dan Parsi ini telah menjadi sumber luar yang utama kepada ketidakstabilan Othmaniyyah pada era tersebut.

Artikel dirujuk
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3382.0
http://www.iluvislam.com/berita/palestin/774-sejarah-palestin-a-israel.html
http://dyazaraa.blogspot.com/2009/01/sejarah-palestine-dan-israel.html

Sejarah Palestin 2 (Islam & Perang Salib)

Palestin berjaya ditawan oleh khalifah Umar Al-Khattab dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi di bawah pimpinan kerajaan islam.

Kepentingan Palestin kepada Islam amat jelas melalui rujukan kerap kepadanya di dalam Al-Qur'an dan juga Hadith Rasulullah SAW. Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di laur tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.

Baitul-Maqdis di Palestin inilah merupakan tempat Rasulullah S.A.W Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW. Firman Allah SAW di dalam Al-Qur'an, mafhumnya,"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil-haram ke Al Masjidil-aqsa yang telah Kami berkhati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat." Tabarani

Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam. Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah.

Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram.

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Kerajaan Islam menjalankan pemerintahan yang adil kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.

Sebelum kemenangan Islam, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine menindas penduduk Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Satu-satunya perundangan yang dilaksanakan di bumi suci lagi dimuliakan oleh Allah SWT itu hanyalah kekerasan dan penindasan.

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Artikel dirujuk
http://www.starbacks.ca/PicketFence/3131/kenalpal.htm
http://al-fikrah.net/index.php?name=News&file=article&sid=366
http://www.iluvislam.com/berita/palestin/774-sejarah-palestin-a-israel.html

Sunday, 10 July 2011

SEJARAH PALESTINE DAN ISRAEL 1


Tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah istimewa bagi Islam dan Yahudi, ianya telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lalu.Di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah hingga sekarang.

Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.



Sejarah Awal Bani Israel
Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel.


Didaalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran didalam surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh kaum Bani Israel, sehingga lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijajah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu bertebarlah kaum Bani Israel(Yahudi), ke serata dunia.

Bermula dari situ, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom, sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Dirujuk dari sumber http://dyazaraa.blogspot.com/2009/01/sejarah-palestine-dan-israel.html

Sunday, 26 June 2011

Wajah-wajah ahli syurga dan para syuhada

Photobucket



Banyak ayat-ayat Allah terbukti di Perang Gaza. Karamah Allah turun untuk membantu orang yang membela agamanya. Itu yang dialami oleh mujahidin Palestin, para syuhada Gaza. berikut data-datanya.

1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Darurat dan Departmen Kesihatan di Gaza menceritakan:
“Syuhada yang meninggal berhari-hari, bahkan berminggu-minggu masih menitiskan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut…”
Subhanallah….

Photobucket
2. Syahid ‘Iyan berkata: “Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, darahnya masih segar.”
3. Beberapa doktor Jordan yang menjadi sukarelawan di Gaza memberi bukti:
Dr Hisam Az Zighah memberi bukti itu di acara Festival Ikatan Doktor Yordan beberapa hari yang lalu. Kepada wartawan Hisam menunjukkan bukti iaitu sebutir peluru, Al-Quran serta buku kumpulan doa-doa, Hishnul Muslim.
Semasa itu datang seorang mujahidin yang cedera di hospital As Syifa’. Doktor-doktor tersebut melakukan pemeriksaan. Doktor itu dikejutkan dengan sebutir peluru yang ditemui di dalam kocek pejuang tersebut.
Photobucket
4. Ada lagi pengakuan Abu Qudamah, salah seorang komandan lapangan Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza:

Nada Murni = Pengaduan kepada tuhan



Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Monday, 21 March 2011

Peta Melaka dan Lukisan lama



Draw by Francis Valentijn pada tahun1726 showing Dutch Sailing vessels and traditional craft crowding the harbour.  A Famosa is on the right bank and St. Paul's Church is on the crest of the hill. A covered bridge spans the Malacca River.


A drawing by Barthelemy Lauvergne, a French artist, who visited Malacca aboard the ship La Favourite in August 1830 showing the old drawbridge spanning the Malacca river.


A pastoral scene drawn by Augustine Earle (1793-1838) an American born travel artist who visited Malacca in 1828.

Sunday, 20 March 2011

Penipuan Sejarah Melayu di Malaysia...




Pada saat kedatangan Portugis di laut Asia iaitu Melaka, dengan kedudukan strategik dan pada selat yang sama namanya, adalah pusat perdagangan yang luar biasa untuk perdagangan dan pertukaran rempah-rempah. Pada saat itu, Melaka diperintah oleh seorang Kesultanan Muslim.




Melaka memperluaskan pengaruhnya ke atas wilayah yang sangat luas, yang merangkumi seluruh Semenanjung Melayu. Pelabuhan Melaka sering dikunjungi oleh banyak kapal dan pedagang dari seluruh negara-negara Asia seperti Arab, Parsi, China, India, Jepun, Indonesia, Ceylon, dan bengal. Didalamnya dikumpul dan dijual semua rempah-ratus negara asia seperti lada, cengkih, halia, kayu manis,pala, dll


Setelah kedatangan Portugis dari India, mereka sedar akan pentingnya bandar. Maka sebuah ekspedisi belayar dan menyiasat ke Melaka pada 1509 dilakukan, tetapi gagal dan banyak daripada Portugis ditangkap dan dipenjarakan oleh Sultan.





Pada 1511, Laksamana tentera Portugis di India, Afonso de Albuquerque, memutuskan untuk menetapkan sebuah ekspedisi untuk menakluk Melaka. Pada kekuatan 1,100-1,200 tentera dan 14 kapal, Afonso de Albuquerque tiba di paparan Melaka pada Jun 1511 dan bersedia untuk menyelamatan tentera Portugis yang ditahan dalam ekspedisi tahun 1509. 


Sultan berusaha pada waktu itu untuk menguatkan pertahanan bandar Melaka . Dia mengetahui akan kedatangan sebilangan kecil pasukan Portugis dan yakin pada tentera Melaka yang mempunyai kekuatan antara 20,000 tentera dan 2,000 senjata api.


Albuquerque tidak membuang masa pada 25 Julai 1511 Portugis menyerang kota Melaka dan menumpukan serangan di jambatan di sungai yang membahagikan bandar. Setelah pertempuran sengit jambatan ditakluk oleh Portugis, tetapi pada malam tiba mereka terpaksa berundur.


Setelah beberapa hari melakukam persiapan, maka pada tarikh 10 Ogos 1511, Portugis memulakan kembali serangan. Albuquerque memdapatkan bantuan dari beberapa jung Cina yang berlabuh dipelabuhan. Timbunan sampah yang ditawarkan oleh para peniaga Cina yang menentukan kemenangan, kerana sampah itu digunakan sebagai sebuah jambatan. Kali ini serangan itu berjaya dan Portugis akhirnya berjaya membina sebuah jambatan di bandar.


Ada kemudian selepas beberapa hari pengepungan Portugis mula mengebom bandar Melaka dan pada 24 Ogos 1511 Portugis kembali menyerang hanya untuk menentukan bahawa Sultan telah melarikan diri. Maka dengan itu Melaka jatuh ke tangan Portugis , lalu mereka memecat semua pegawai besar, dengan menurut perintah Albuquerque, kerana mereka menghormati janji dengan orang-orang yang memihak kepada mereka.


Sumber daripada 
http://www.colonialvoyage.com/malacca.html 



Saturday, 19 March 2011

Bendera Rasullulah dan Perang Mu'tah

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu "Kemudian beliau Shallallahualaihi wa sallam menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda,"Maka jika kamu melihatnya, berbai'atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, kerana dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."




-Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467:MustadrakAl Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, "ini adalah hadits shahih menurutsyarat Syaikhan". Perkataan Hakim ini juga dipersetujui oleh adz-Dzahabi.Ibnu Katsir berkata, "Ini adalah isnad yang kuat lagi shahih." (An-Nihayahfit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini).



Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda

“Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.

Friday, 18 March 2011

Acheh is The Ottoman Military Academy

There is an excellent source on the web that outlines the genesis and growth of the Ottoman-Acehnese diplomatic relationship using Turkish sources. It noted the first diplomatic contact from the Sultan of Aceh to the Ottoman Empire as occurring in 1547 but that there were no Turkish sources to expand on it. There was some debate also as to whether it was later, 1562 but that argument is unlikely to be settled unless new evidence is discovered. In addition, the well known historian of Southeast Asia, Anthony Reid, implied that the relationship may have existed since the 1520s. Both sources agreed that it was possible that the first Ottoman military assistance to Aceh was in the late 1530s when sailors from the Ottoman Fleet that had fought at Diu in India continued down to Aceh to help the Acehnese fight the Bataks and Portuguese.


Aceh's first confirmed diplomatic approach to the Ottoman Empire was in 1566 when the Sultan of Aceh, Alaaddin Riayet Shah al-Kahhar (r 1537-71) sent a letter dated 7 January 1566 with an ambassador to the Ottoman Emperor, Sultan Suleiman the Magnificent. This letter referred to Ottoman cannoneers who had arrived safely in Aceh and appealed for more assistance. The death of Suleiman that year and a rebellion in Yeman delayed and then downscaled the assistance that the Ottomans eventually sent in 1568 or 1569, possibly more cannons and experts to make them locally in Aceh. It should be noted that the original plans by the Ottomans were substantial including at least 15 galleys carrying artisans skilled in ship building and siege warfare.

Sejarah Melayu yang hilang-2


KEBANYAKAN ORANG MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJTA2 ORANG MELAYU DAHULU HANYA KERIS,LEMBING DAN BUKAN PISTOL SENAPANG DAN MERIAM. SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA. SEBELUM ITU SAYA INGIN BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN RAHSIA SENJATA2 ORANG MELAYU. JADI GAGAH2KAN LA DIRI ANDA UNTUK MEMBACANYA…

Beribu-ribu tahun dahulu…di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…

Istinggar

Uthmaniyah Advance Navy Weapon

In 1321 the Ottoman fleet made its firstlandings on Thrace in southeastern Europe, and vastly contributed to the expansion of the Empire's territories on theEuropean continent. The Ottoman navy was one of the first to use cannons, and the Battle of Zonchio in 1499 wentdown in history as the first naval battle where cannons were used on ships. It was also the Ottoman navy whichinitiated the conquest of North Africa, with the addition of Algeria and Egypt to the Ottoman Empire in 1517.

The Sultani Cannon, a very heavy bronze muzzle-loading cannon of type used by Ottoman Empire in the siege of Constantinople, 1453 AD.

The Battle of Preveza in 1538 and the Battle of Djerba in 1560 marked the apex of Ottoman naval domination in theMediterranean Sea. The Ottomans also confronted the Portuguese forces based in Goa at the Indian Ocean innumerous battles between 1538 and 1566. In 1553, the Ottoman admiral Salih Reis conquered Morocco and thelands of North Africa beyond the Strait of Gibraltar, extending Ottoman territory into the Atlantic Ocean. In 1566 theSultan of Aceh asked for support against the Portuguese and declared allegiance to the Ottoman Empire, which sentits Indian Ocean fleet under Kurtoğlu Hızır Reis to Sumatra. The fleet landed at Aceh in 1569, and the event markedthe easternmost Ottoman territorial expansion.


Tuesday, 15 March 2011

"Fabled Lost Arabian city found," "Arabian city of Legend found" and "The Atlantis of the Sands, Ubar."



"Fabled Lost Arabian city found," "Arabian city of Legend found" and "The Atlantis of the Sands, Ubar." What rendered this archaeological find particularly intriguing was the fact that this city is mentioned in the Qur'an. Many people had previously suggested 'Ad was a legend or that the location in question could never be found. Such people could not conceal their astonishment at this phenomenal discovery.

 The Lost Gardens of Heligan


It was Nicholas Clapp, a noted documentary filmmaker and a lecturer on archaeology, who found this legendary city mentioned in the Qur'an.225 Being an Arabophile and a winning documentary film maker, Clapp had come across a very interesting book during his research on Arabian history. This book was Arabia Felix, written by the English researcher Bertram Thomas in 1932. Arabia Felix was the Roman designation for the southern part of the Arabian Peninsula which today includes Yemen and much of Oman. The Greeks called this area "Eudaimon Arabia" and medieval Arab scholars called it "Al-Yaman as-Saeed."226 All of these names mean "Happy Yemen," because the people living in that region used to serve as middlemen in the lucrative spice trade between India and places north of the Arabian Peninsula. In addition, the people living in this region produced and distributed "frankincense," an aromatic resin from rare trees.

Friday, 11 March 2011

Dunia Islam dimata German

Hilter bertemu Muhammad Amin Al-Husseini (ketua mufti Jerusalem) pada tahun 1941

Muhammad Amin Al-Husseini, juga dikenali dalam sejarah sebagai Ketua Mufti Jerusalem, merupakan pelopor nasionalisme pan-Arab diawal abad ke-20. Lahir dalam keluarga bangsawan pada tahun 1895, Al-Husseini) mempelajari ilmu undang-undang di Kaherah dan bertugas dalam masa yang sama untuk Uthmaniyyah dan tentera Inggeris semasa Perang Dunia Pertama.

Muhammad Amin Al-Husseini memeriksa perbarisan tentera German


Pada tahun 1930 kebangkitan Nasional Sosialisme di Jerman menarik perhatian banyak intelektual Arab dan tokoh-tokoh politik yang berusaha untuk membebaskan Timur Tengah dari pemerintahan kolonial Inggerisdan Perancis. Nazi Jerman diwakili untuk nasionalis Arab(kadang-kadang disebut sebagai "Arabists") kekuatan kelas dunia dan sekutu berpotensi untuk bersama dalam pertempuran melawan Inggeris dan Perancis. Lebih penting lagi, Adolf Hitler dan Parti Nazi menunjukkan potensi gerakan nasionalis didasarkan pada ideologi pemersatu walaupun telah lemah semangat disebabkan kekalahan dalam Perang Dunia I, Hitler dan pihak Jerman bebas dari Perjanjian Versailles. Nazisme juga telah memupupuk semangat kebangsaan Jerman dari kekacauan yang berlaku pada tahun 1920-an. Untuk kebanyakan pemimpin dan pemerhat Arab mereka juga telah sama memupuk semangat kebangsaan Arab dan bersatu untuk melepaskan diri dari belenggu imperialisme Eropah.

Sunday, 6 March 2011

aku seketika lalai ya ALLAH.aku menzalimi diriku sendiri,


O Allâh, forgive us and the believing men and women and the Muslim men and women, unite their hearts with mutual love, set right their mutual affairs and help them against theirs and Your enemy. O Allâh, let Your curse be on those unbelievers who prevent people from treading Your path, who reject Your prophets and fight Your chosen ones. O Allâh, make difficult their plans, shake their feet and give them such punishment which is not turned away from a sinning people. Aamîn.



Sunday, 23 January 2011

Islam di Eropah

Kedatangan Islam di Eropah

Islam memperkenalkan pemikiran baru dan konsep baru dalam segenap aspek politik, sosial dan ekonomi. Orang Eropah belajar dari Islam melalui rujukan-rujukan yang dibawa oleh orang Islam dan pusat-pusat pengajian yang telah dibuka kepada umum. Berlaku Pencerahan (Enlightenment, Renaissance) di kalangan masyarakat Kristian Eropah.

Walaupun mereka telah berpeluang mendapatkan ilmu dan pendidikan dari kerajaan Islam Sepanyol, namun timbul perasaan dendam kepada Islam kerana Kristian Eropah telah dikuasai oleh orang-orang Islam

Antara ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari dari masyarakat Islam di Sepanyol adalah:

1. Sumber politik baru
- Rasulullah S.A.W telah mengasaskan pemisahan kuasa dalam pemerintahan
- Sistem demokrasi yang lebih luas seperti dalam Zaman Khalifah al-Rasyidin berbanding system demokrasi yang sempit daripada Yunani dan Rom.
- Lahir Thomas Hobes - tokoh politik eropah yang menghasilkan buku The Leviathan. Machiavelli - Buku ‘The Prince’.

2. Hak asasi manusia
- dapat melihat masyarakat Islam yang lebih terbela, lebih aman dan lebih maju berbanding masyarakat Kristian Eropah yang telah lama ditindas.

3. Sudut agama
- Kesedaran dan kebangkitan membebaskan diri dari Tuhan, Paderi dan Raja kerana mereka menganggap semua ini menjadi penghalang kepada kemajuan dan perlu dipisahkan.
- Muncul pembaharuan dalam agama Kristian daripada Ortodoks kepada Katolik kepada Protestant.

4. Fahaman baru
- Melalui pembaharuan pemikiran ini, orang Eropah telah menulis dan menghasilkan fahaman-fahaman ekonomi (i.e. Capitalism, Liberal, Conservative, Socialist, Comunisme).

Saturday, 22 January 2011

Teknologi Perkapalan dan Navigation Islam


Tamadun Islam di era kegemilangan selama beberapa abad tampil sebagai super power dunia.Pada era kekhalifahan, dunia Islam menguasai pelbagai sektor seperti, ilmu pengetahuan, politik, ketenteraan, ekonomi, serta perdagangan. Tak heran jika dunia Islam mampu menguasai wilayah yang terbentang begitu luas, meliputi benua Asia, Afrika, dan Eropah.

Kekhalifahan Islam dipandang telah memberi sumbangan yang signifikan dalam terjadinya proses globalisasi di era itu. Dengan ilmu pengetahuan serta kekuatan ekonomi yang dikuasainya, dunia Islam mampu membebaskan begitu banyak wilayah dari keterisolasian. Para peneroka, pelaut, sarjana, saudagar, serta pelancong Muslim telah berjasa menyambung dan membuka kawasan yang terpencil itu dengan dunia Islam.

Monday, 10 January 2011

Air Force of the Uthmani Khilafah

Just six years after the Wright Brother’s first successful powered flight in Ohio, the Islamic State (Uthmani Khilafah) became one of the first nations in the world to start a military aviation program. Impressive as it may seem that Muslims quickly adopted this technology, the precedence to acquire new techniques and technologies for the protection of the Islamic State and its expansion was shown by the Prophet (saaw) himself.


In his Tarikh (History), At-Tabari reports that the Prophet (saaww) had sent two of his companions, ‘Urwah Ibn Mas’ud and Ghitan ibn Salmah, to the city of Jarash in Syria to learn the techniques of manufacturing Dababas (tank like weapons), Manjaniq (catapult) and Dhabur (similar to tanks). These were weapons used by the Romans of the time


Search This Blog