Pages

Search This Blog

Loading...

Sunday, 23 January 2011

Islam di Eropah

Kedatangan Islam di Eropah

Islam memperkenalkan pemikiran baru dan konsep baru dalam segenap aspek politik, sosial dan ekonomi. Orang Eropah belajar dari Islam melalui rujukan-rujukan yang dibawa oleh orang Islam dan pusat-pusat pengajian yang telah dibuka kepada umum. Berlaku Pencerahan (Enlightenment, Renaissance) di kalangan masyarakat Kristian Eropah.

Walaupun mereka telah berpeluang mendapatkan ilmu dan pendidikan dari kerajaan Islam Sepanyol, namun timbul perasaan dendam kepada Islam kerana Kristian Eropah telah dikuasai oleh orang-orang Islam

Antara ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari dari masyarakat Islam di Sepanyol adalah:

1. Sumber politik baru
- Rasulullah S.A.W telah mengasaskan pemisahan kuasa dalam pemerintahan
- Sistem demokrasi yang lebih luas seperti dalam Zaman Khalifah al-Rasyidin berbanding system demokrasi yang sempit daripada Yunani dan Rom.
- Lahir Thomas Hobes - tokoh politik eropah yang menghasilkan buku The Leviathan. Machiavelli - Buku ‘The Prince’.

2. Hak asasi manusia
- dapat melihat masyarakat Islam yang lebih terbela, lebih aman dan lebih maju berbanding masyarakat Kristian Eropah yang telah lama ditindas.

3. Sudut agama
- Kesedaran dan kebangkitan membebaskan diri dari Tuhan, Paderi dan Raja kerana mereka menganggap semua ini menjadi penghalang kepada kemajuan dan perlu dipisahkan.
- Muncul pembaharuan dalam agama Kristian daripada Ortodoks kepada Katolik kepada Protestant.

4. Fahaman baru
- Melalui pembaharuan pemikiran ini, orang Eropah telah menulis dan menghasilkan fahaman-fahaman ekonomi (i.e. Capitalism, Liberal, Conservative, Socialist, Comunisme).



Pemisahan Eropah mengikut bangsa dan kebangkitan Eropah.

Melalui fahaman ekonomi ini juga mereka mula mencari kuasa politik kerana ideologi Ekonomi tidak dapat dilaksanakan melainkan melalui kuasa Politik. Seluruh Eropah dikuasai oleh Gereja oleh itu pemecahan dilakukan dengan mengikut bangsa negara. Bangsa-bangsa mencapai kemerdekaan masing-masing dan berlumba-lumba membangunkan negara sendiri.Setiap bangsa membuktikan kekuatan Negara masing-masing dengan menjajah negara-negara luar.

Imperialisme - Penjajahan oleh Eropah untuk menunjukkan bangsa terhebat di dunia.Fahaman ini mempengaruhi orang-orang Islam sehingga Khalifah Islam berpecah menjadi negara bangsa. Cth: Syria, Jordan, Iraq dll. Penjajah Eropah menawarkan kumpulan yang dapat memisahkan negara Islam dari Khalifah untuk menjadi raja dan pemerintah.Bangsa-bangsa Islam berpecah dan tidak bersatu.


Perang Salib dan Kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah.

Kristian Katolik yang berpengkalan di Vatican City melancarkan Perang Salib selama 100 Tahun dengan menghantar tentera Kristian dari barat ke Palestin tetapi tidak berjaya.Stratergi baru telah dirangka untuk menguasai Islam melalui Sepanyol dahulu.Sepanyol akhirnya jatuh ke tangan Eropah. Toledo jatuh pada tahun 1085 M dan kerajaan Islam terakhir di Sepanyol berpusat di Granada jatuh pada tahun 1492 M.

Pasukan pelayaran dibentuk untuk meneroka lautan bagi mengalahkan kerajaan Uthmaniyyah.Selepas Sultan Muhammad Al-Fatih menguasai Konstantinopal iaitu Istanbul, negeri-negeri Balkan dari Bulgaria ke Serbia bagian timur jatuh ke tangan Islam sampai ke Vienna (Austria). Kristian Eropah berada dalam kerisauan dan cuba mencari sumber kekuatan Uthmaniyyah.

Para pemerhati Kristian Eropah telah mengenal pasti akan kekuatan Uthamaniyyah adalah melalui orang-orang India yang membawa sumber rempah ratus, kain sutera dan pelbagai barangan dagangan lain. Maka pasti Kerajaan Uthmaniyyah dapat dikalahkan dengan menguasai negara India yang membawa kekayaan kepada mereka. Orang Kristian Eropah masih tidak tahu tentang lokasi sebenar kerajaan India. Negara Portugal dan Sepanyol telah membentuk pasukan pelayaran untuk mencari Negara India.

Putera Henry (anak raja Portugal – kerajaan Kristian Katolik) telah mengetuai pasukan sebuah pelayaran mencari India. Dalam pencarian Negara India ini, berlaku krisis di antara Portugal dan Sepanyol namun Pihak Gereja di Vatican City telah berjaya mendamaikan kedua buah Negara ini dengan memfokuskan matlamat untuk mengalahkan umat Islam.

Kumpulan pelayaran Portugal mendarat di Kepulauan Caribbean dan mereka telah mengisytiharkan kepada Raja Portugal bahawa mereka telah menemui negara India. Orang-orang di kepulauan ini dinamakan orang‘Hindi’. Namun, mereka bukanlah berkulit hitam dan tidak pula memeluk Islam seperti orang India yang pernah dilihat di Istanbul.

Kumpulan pelayaran Sepanyol pula sampai ke Mexico. Sekali lagi, mereka menganggap India telah di jumpai. Penduduk tempatan mexico dan benua tersebut dinamakan pula 'Red Indian' kerana kulit mereka yang kemerahan.Topi besar yang dipakai oleh orang Mexico berasal dari Sepanyol yang asalnya memakai bulu ayam di kepala.

Orang asli Amerika dijajah oleh Sepanyol/Portugis telah dibunuh dan dizalimi kerana di sangka orang India. Dari jumlah 20 juta penduduk telah berkurang ke 8 juta orang. Hanya ada 3 pilihan bagi orang ‘Red Indian’ iaitu sama ada di bunuh, masuk kristian atau lari ke luar negara.

Apabila India ditemui pada tahun 1503 M, orang India sebenar dinamakan sebagai West Hindi

No comments: