Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Saturday, 22 January 2011

Teknologi Perkapalan dan Navigation Islam


Tamadun Islam di era kegemilangan selama beberapa abad tampil sebagai super power dunia.Pada era kekhalifahan, dunia Islam menguasai pelbagai sektor seperti, ilmu pengetahuan, politik, ketenteraan, ekonomi, serta perdagangan. Tak heran jika dunia Islam mampu menguasai wilayah yang terbentang begitu luas, meliputi benua Asia, Afrika, dan Eropah.

Kekhalifahan Islam dipandang telah memberi sumbangan yang signifikan dalam terjadinya proses globalisasi di era itu. Dengan ilmu pengetahuan serta kekuatan ekonomi yang dikuasainya, dunia Islam mampu membebaskan begitu banyak wilayah dari keterisolasian. Para peneroka, pelaut, sarjana, saudagar, serta pelancong Muslim telah berjasa menyambung dan membuka kawasan yang terpencil itu dengan dunia Islam.

Para ahli sejarah menamakan tempoh ini sebagai Pax Islamica. Kejayaan dunia Islam dalam membina ekonomi global di zaman kekhalifahan tak lepas dari teknologi perkapalan dan navigation yang dikuasai umat Islam. Dengan teknologi navigasi dan perkapalan yang canggih pada zamannya, kekhalifahan Khulafa Ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah, Fatimiyyah, dan Uthmaniyyah Turki mampu menjadi kekuatan ekonomi selama berabad-abad.

Berbekal teknologi perkapalan dan navigation pula, para peneroka Muslim dari Andalusia dan Afrika Utara berjaya mengharungi Lautan Atlantik antara abad ke-9 M hingga 14 M. Mereka telah mencapai benua Amerika, sebelum Christopher Columbus menemuinya pada abad ke-15 M. Para sarjana Muslim mulai mengembangkan teknologi navigasi yang berguna untuk mengharungi lautan, mencapai matlamat serta melewati dan memahami laluan yang dituju pada abad ke-8 M.

Secara bahasa, perkataan navigation berasal dari bahasa Sanskrit 'Navghathi'. Navigasi ditakrifkan sebagai penentuan kedudukan dan arah di atas permukaan bumi. Kononnya, tamadun India memulakan sejarah maritimnya sejak 5.000 tahun lalu. Limbungan kapal terapung pertama dibina peradaban lembah Indus sekitar 2300 SM. Peradaban manusia yang lain, seperti China, Yunani, dan Parsi Kuno juga telah membangunkan navigasi dengan caranya masing-masing.

Maklumat daripada 
Museum of Science and Technology in Islam - www.kaust.edu.sa

0 comments:

Search This Blog