Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Saturday, 19 March 2011

Bendera Rasullulah dan Perang Mu'tah

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun diantara mereka berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu "Kemudian beliau Shallallahualaihi wa sallam menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda,"Maka jika kamu melihatnya, berbai'atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, kerana dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."




-Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467:MustadrakAl Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, "ini adalah hadits shahih menurutsyarat Syaikhan". Perkataan Hakim ini juga dipersetujui oleh adz-Dzahabi.Ibnu Katsir berkata, "Ini adalah isnad yang kuat lagi shahih." (An-Nihayahfit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini).



Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda

“Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.



Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani,

“Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.”

Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan nilai syurgaNya yang di impikan oleh setiap jiwa-jiwa yang tenang dan beriman.


Oleh itu, kita tidak layak untuk bergelak ketawa melihat Raja Lawak, kita tidak layak terhibur dengan Akademi Fantasia, kita tidak layak bersenang-lenang dengan hiburan di MEDIA sedangkan umat Palestin berkecai-kecai dizalimi oleh Zionis! Anak kehilangan ayah, suami kehilangan isteri, kakak kehilangan adik namun mereka tidak berputus asa menentang Zionist! Mereka sebenarnya sedang merela mati mempertahankan Al-Aqsa daripada mereka lari. Apakah perasaan kita melihat ini? Adakah kita masih mahu merayakan kehidupan yang penuh tipu daya ini? Kamu tahu, apabila tibanya Dajjal nanti, HURU-HARA akan berlaku. Peperangan BESAR akan berlaku. Saat ini kita pasti melihat situasi yang sama dengan apa berlaku dengan Palestin! Satu dunia akan mengalami peristiwa ini. Kalau kanak-kanak membaling batu ke arah Tentera Zionis itu berlakunya pada hari ini, namun di saat Dajjal turun nanti, situasi yang lebih hebat berlaku ke atas kita. Itulah kepastian yang telah dijanji!

Mari kita bangkit memperlengkapkan dada kita dengan ilmu. Mari kita bangkit memperkuatkan rohani. Mari kita bangkit memperkuatkan pegangan Islam di dalam diri kita. Agar bila tiba masanya nanti, kita akan tahu segalanya. Ingat saudara saudariku,

"HIDUP KITA SEBAGAI MUSLIM dan MATI KITA JUGA SEBAGAI MUSLIM"

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..
Insyallah..

Search This Blog