Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

ISLAMICFINDER

Monday, 17 October 2011

Sejarah Palestin 2 (Islam & Perang Salib)

Palestin berjaya ditawan oleh khalifah Umar Al-Khattab dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi di bawah pimpinan kerajaan islam.

Kepentingan Palestin kepada Islam amat jelas melalui rujukan kerap kepadanya di dalam Al-Qur'an dan juga Hadith Rasulullah SAW. Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di laur tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.

Baitul-Maqdis di Palestin inilah merupakan tempat Rasulullah S.A.W Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW. Firman Allah SAW di dalam Al-Qur'an, mafhumnya,"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil-haram ke Al Masjidil-aqsa yang telah Kami berkhati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat." Tabarani

Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam. Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah.

Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram.

Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu.

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Kerajaan Islam menjalankan pemerintahan yang adil kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.

Sebelum kemenangan Islam, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine menindas penduduk Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, Palestin ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, pendudk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Satu-satunya perundangan yang dilaksanakan di bumi suci lagi dimuliakan oleh Allah SWT itu hanyalah kekerasan dan penindasan.

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.

Artikel dirujuk
http://www.starbacks.ca/PicketFence/3131/kenalpal.htm
http://al-fikrah.net/index.php?name=News&file=article&sid=366
http://www.iluvislam.com/berita/palestin/774-sejarah-palestin-a-israel.html

0 comments:

Search This Blog