Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

ISLAMICFINDER

Saturday, 13 October 2012

Islam di tipu oleh sejarahwan Yahudi Zionist


Terdapat beberapa kekeliruan mengenai fakta kewujudan zaman Paleolitik ini. Sekiranya zaman Neolitik sehinggalah zaman Logam hanya megambil masa kira-kira 7,500 tahun sahaja iaitu bermula 8,000 SM sehinggalah 500 SM, bagaimanakah zaman Paleolitik mengambil menempuh masa yang terlalu panjang iaitu 2,492,000 tahun! Adakah tiada zaman atau tamadun manusia yang wujud antara tempoh tersebut? Jawapannya Ya! Bahkan hakikatnya zaman Paleolitik ini yang terbahagi kepada Awal (2.5 juta – 30 ribu SM) dan Lewat (30 ribu – 8,000 SM) ini sebenarnya tidak wujud!


Teori Darwin yg di guna pakai seluruh umat islam dan dunia persoalanya di manakah letaknya ilmu Al-Quran  yg menerangkan keseluruhan tamadun manusia dari turunnya Rasul pertama Nabi dam a.s hingga yg terakhir Rasullullah Muhammad S.A.W yang membawa berita segala tamadun dunia??

Sejarawan barat menyebutkan bahawa catatan mengenai sejarah bermula sekitar 3,500 SM. Sekitar 4,000 sehingga 3,500 SM merupakan zaman Nabi Musa AS kerana ada catatan mengatakan bahawa Nabi Musa bersama Firaun dan kaumnya adalah sekitar 4,900 SM. Walaubagaimanapun, sejarah bermulanya peradaban manusia adalah bermula sekitar 8,000 sehingga 10,000 SM.





Sejarah Nabi Adam AS jelas menunjukkan bahawa dunia bermula ketika mereka dturunkan ke dunia, mereka telah dikurniakah oleh Allah SWT ilmu untuk mengurus kehidupan mereka. Perjalanan kehidupan mereka tersusun dan penuh perancangan. Setelah beberapa tempoh mendiami dunia, maka Saidatina Hawa melahirkan ada kembar dua pasang. Mereka ialah Qabil dan Iqlima, kemudiannya Habil dan Labuda. Sepertimana fitrah pasangan ibu dan ayah, Adam dan Hawa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak mereka. Anak-anak perempuan menguruskan rumah dan hal-hal wanita. Manakala anak lelaki pula mencari nafkah keperluan hidup mereka. Qabil bertungkus-lumus mengerjakan tanah pertaniannya dan Habil berjaya dalam lapangan penternakan. Bukti yang menunjukkan bahawa pertanian dan penternakan mereka sangat menjadi melalui kisah mereka untuk menetukan jodoh kehidupan masing-masing. Mereka harus menyerahkan korban mereka kepada Allah SWT.


Dari Ibnu Abbas, dari (cerita) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (kepadanya), kemudian ia berkata: “Umur Adam adalah 1000 tahun”. Kemudian ia berkata: Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun. [HR. Hakim]


Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah Nabi Allah yang dikurniakan umur paling panjang sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (Qs. Al-Ankabut 14).

Dikatakan bahawa manusia yang hidup di zaman Paleolitik ini dinamakan sebagai Homo Habilis dan Homo Sapiens. Ianya dikatakan bermula di benua Eropah. Teori sejarah menyebutkan bahawa antara faktor utama pembentukan sesebuah tamadun adalah disebabkan kedudukan di perairan sungai dan tepian laut. Ini kerana, manusia amat memerlukan air sebagai sumber kehidupan. Tetapi, di manakah sekitar benua Eropah tersebut mempunyai sungai utama yang mampu menyediakan kehidupan kepada manusia? Sejarah hanya menyatakan beberapa sumber utama sungai sahaja iaitu Mesopotamia, Nil, Euphrates, Tigris, Indus dan Hwang Ho. Tiada langsung sungai utama yang wujud di Eropah!


Firman Allah SWT: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Ma’idah 5:27)


Siapakah kita sekarang ini apakah kita masih memerlukan ilmuan yang di ciptakan oleh mereka-mereka yang hanya akan memusnahkan umat islam seluruhnya denagan ilmu yang sesat sedangkan kita masih mempunyai Al-quran di tangan dan para hafiz di setiap pelusok dunia. Apakah sekadar hanya membaca tanpa kita tahu dan faham isi kandunganya. Segalam ilmuan terhebat banyak terdapat di dalam kitab Al-Quran yang telah pun di tafsir dan gunapakai oleh para ilmuan dan saintis islam sebelum ini.



1 comments:

Santosh Swami said...

islamiquote is a online islamic blog This Islamic blog covers topics on Islam, Quran, Tafsir, Hadith, Dua, and Muslim topics. Articles also include stories of faith, taqwa, Dua and update blog site.

Search This Blog