Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, 22 November 2013

ABU HASAN ALI IBN AL- Haitham ( Alhazen )

ABU HASAN ALI IBN AL- Haitham ( Alhazen ) ( 965-1040 Masihi)

Al- Haitham , yang dikenali di Barat sebagai Alhazen , dianggap sebagai bapa optik moden. Ibn al- Haitham dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah (kini Iraq), dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad. Beliau merantau ke Mesir dan Sepanyol. Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik , matematik , fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.

Al- uji kaji yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik . Beliau mengkaji pembiasan sinaran cahaya melalui medium telus (udara, air) dan dokumentasi undang-undang pembiasan. Beliau juga menjalankan eksperimen pertama pada penyebaran cahaya ke dalam warna. Semasa kajian mendalam mengenai segmen sfera ( gelas yang diisi air) beliau hampir membuat penemuan mengenai teori lensa pembesar yang dibangunkan di Itali tiga abad kemudiannya. Ia mengambil masa selama tiga abad sebelum undang-undang sinus telah dicadangkan oleh Snell dan Descartes.

Sunday, 27 October 2013

Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia).

Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Thursday, 17 October 2013

KENAPA ALLAH MENGUJI HAMBANYA DI DUNIA


ALLAH MENGUJI HAMBANYA....TAPI KENAPA..?? 
Kehidupan seharian menyaksikan kita sering kali diuji..Diuji daripada luar dan dalam..atas dan bawah..depan dan belakang..Namun begitu,bilamana kita diuji..

Kemana pengaduan kita?
Adakah kita suka mengeluh?
Adakah acap kali kita menyalahkan Sang Pencipta?? 

Sedarlah wahai manusia yang hina..Allah menguji kita kerna Allah sayangkan kita..Kerna Allah S.W.T itu penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Kerna Allah ingin memasukkan ke dalam syurgaNya..

Jom kita baca soalan dan dalil di bawah,agar kita mampu mengerti.. 

Kota Al-Hijr (Tasamud) Kaum Nabi Salleh a.s di

Pintu masuk Kota Petra kaum Tasamud 


Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr(Tsamud)telah mendustakan rasul-rasul 
(Surah al-Hijr ayat 81)

 Azab Allah swt Terhadap Kaum Tsamud Yang Kufur Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dahsyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup keras.

Friday, 11 October 2013

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

K
Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan 

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya: 

1. Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu nerakajahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi). 

Solat Dhuha demi mencari keredaan Allah


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga. Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha, Insya-Allah

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Rasullah SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Saturday, 13 July 2013

Penjilidan Al-Quran di Zaman Khalifah Abu Bakar Shidiq ra.


Setelah Rasulullah s.a.w wafat, Abu Bakar terpilih sebagai khalifah. Saat itu hampir seluruh kabilah-kabilah Arab kembali murtad dan sebahagian membangkang dengan menolak untuk membayar zakat, karena mereka mengira kekuatan Islam sudah pudar setelah meninggalnya Rasulullah s.a.w. Untuk mengatasi kemurtadan dan pembangkangan khabilah-khabilah Arab itu Khalifah Abu Bakar mengirimkan pasukan untuk menundukkan mereka dan menyeru kembali kepada Islam yang dikenal sebagai “perang ridah”. 

Disamping itu di daerah Yamamah –Arab Selatan- muncul Musailamah Al-Khazab –sang pendusta- yang mengaku sebagai nabi. Khalifah Abu Bakar memeranginya yang dikenal sebagai “perang Yamamah”. Pada berbagai peperangan-peperangan tersebut banyak qari dan pengahafal Al-Qur’an dari kalangan sahabat nabi yang gugur. Umar Bin Khattab yang merupakan penasehat utama Khalifah Abu Bakar merasa khawatir Al-Qur’an akan punah bersama banyaknya qari yang gugur tersebut.

Sejarah penulisan dan pembukuan Al-Quran - Bhg 1




Di zaman Rasulullah s.a.w ayat Al-Qur’an yang turun dihafal oleh beliau “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (didadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya” (QS Al-Qiyamah [75] : 17-18).

Oleh karena itu beliau merupakan hafidz (penghafal) Al-Qur’an yang pertama dan maha guru pemberi contoh panutan paling baik bagi para sahabat dalam menghafalnya.

Kedudukan Juz dalam Al-Quran


Urutan pembahagian juz dalam Al Quran:
(Contoh : Juz ke-5 bermula ayat ke-24 dalam Surah An Nisaa')

Juz Surah Ayat

1 Al Faatihah
2 Al Baqarah 142 
3 Al Baqarah 253 
4 Ali 'Imran 92 
5 An Nisaa' 24 
6 An Nisaa' 148 
7 Al Maa-idah 83 
8 Al An'aam 11 
9 Al A'raaf 88 
10 Al Anfaal 41 
11 At Taubah 94 
12 Huud
13 Yusuf 53 
14 Al Hijr
15 Al Israa'
16 Al Kahfi 75 
17 Al Anbiyaa'
18 Al Mu'minuun
19 Al Furqaan 21 
20 An Naml 60 
21 Al 'Ankabuut 45 
22 Al Ahzab 31 
23 Yaasiin 22 
24 Az Zumar 32 
25 Fushshilat 47 
26 Al Ahqaaf
27 Adz Dzaariyaat 31 
28 Al Mujaadilah
29 Al Mulk
30 An Naba' 1

Dicatat oleh Al-kuliyyah tv3 .

Surah-surah dalam Al-Quran mengikut urutan

Sebagaimana yang kita tahu,Al-Qur'an terdiri atas 114 surah, 30 juz dan 6236 ayat menurut riwayat Hafsh, 6262 ayat menurut riwayat ad-Dur, atau 6214 ayat menurut riwayat Warsy. Surah-surah dalam Al-Qur'an terbagi atas surah-surah makkiyah dan madaniyah tergantung pada tempat dan waktu penurunan surah tersebut (Mekkah atau Madinah, sebelum atau sesudah hijrah). 

Berikut ini merupakan daftar surah dalam Al-Qur'an berdasarkan Mushaf Al-Qur'an Utsmani. Jumlah surah ada 114 surah terbagi menjadi 2 tempat pewahyuan: Makkah dan Madinah dan ayat berjumlah 6236 ayat menurut riwayat Hafsh.


Saturday, 25 May 2013

Kaum Tsamud di zaman Nabi Allah Salleh a.s yang di hapuskan Allah sekelip mata


Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr(Tsamud)telah mendustakan rasul-rasul 
(Surah al-Hijr ayat 81)


Keengkaran dan kesombongan mereka terhadaps seruan nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dahsyat ini yang menghasilkan bunyi yang cukup keras. 

Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah as-Fushsilat ayat 17)

 Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, 


 فَإِنْ أَعْرَضُوا فَقُلْ أَنْذَرْتُكُمْ صَاعِقَةً مِثْلَ صَاعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ

 Ertinya: "Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): “Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!” 
(Surah Fusshilat:ayat 13)





Search This Blog