Others weblink

Powered by  MyPagerank.Net

Pages

Friday, 11 October 2013

Solat Dhuha demi mencari keredaan Allah


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga. Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha, Insya-Allah

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Rasullah SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)



WAKTU YANG SESUAI
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

CARA MENUNAIKAN SOLAT DHUHA
Perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.




1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: .
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat: (Surah rakaat pertama & kedua)
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah. .

b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas




 3. Doa
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :



BAGI YANG TIDAK HAFAL SURAH YANG DISARANKAN
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Perkara yang penting ialah niat kita yang ikhlas untuk Allah SWT. Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.



Sekian wasalam

0 comments:

Search This Blog